Guna Bahan Dapur Ni Supaya Pasir Keluar & Mudah Terbuka Bila Bersihkan Kerang

Share

Nak membersihkan kerang perlulah teliti takut ada kekotoran dan pasir di dalamnya. Kerang ni jika direbus dan cicah dengan sambal kicap memang enak.

Cara mudah nak bersihkan kerang ni, guna tepung dan lada kering. Insha’Allah mudah, bersih dan kerang mudah terbuka.

 

Bahan diperlukan:

Tepung gandum

Lada kering

Serai

Bawang

Garam

 

Cara bersih:

1.Kalau kerang masih ada selut, bersihkan dulu.

2.Kemudian rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Nanti kerang tu terbuka keluarkan kotoran yang ada di  dalam.

3.Nak rebus, didihkan dulu air campur serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam.

4.Dah mendidih baru masukkan kerang.

Kredit: Fariza Basar

Published by
Putri