Nasi Goreng Cina adalah salah satu resipi nasi goreng yang sangat mudah dan digemari ramai.Cara memasaknya yang ringkas dan mudah membuatkan sajian ini menjadi pilihan. Ia juga antara nasi goreng kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas. Nasi Goreng Cina ini biasanya dimasak menggunakan bawang putih, ikan bilis atau telur sahaja. Rupanya dengan menambahkan minyak bijan mampu menjadikan sajian ini jadi lebih enak dan beraroma. Saudari Har Ryea ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI NASI GORENG CINA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Nasi secukupnya 5 ulas (besar) bawang putih – cincang halus 2-3 sudu makan serbuk cukup rasa 1-2 sudu makan minyak bijan – beli online disini Udang segar secukupnya 4-5 biji telur 1 mangkuk sayur campur Minyak masak secukupnya (jumlah bahan bergantung pada nasi.lebihkan jika guna nasi banyak)
Ads
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sampai naik bau dan sedikit garing.
2. Kemudian masukkan udang segar. Gaul dan biarkan udang masak seketika.
3. Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sedikit untuk jadikan telur masak elok. Kemudian kacau untuk hancurkan telur.
4. Bila telur sudah masak sempurna, masukkan nasi yang telah direlaikan dan juga sayur campur. Gaul rata hingga semua bahan sebati.
5. Seterusnya taburkan serbuk cukup rasa. Kacau seketika supaya perasa bergaul sempurna.
6. Masukkan minyak bjian dan kacau lagi.
7. Rasa nasi. Jika belum cukup perasanya, boleh tambah serbuk cukup rasa dan juga minyak boleh. Jumlahnya boleh ubah suai ikut cita rasa masing-masing. 8. Nasi Goreng Cina sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga.
Selalunya kalau waktu sahur masakan yang dihidangkan mestilah yang mudah dan sedap dimakan. Apa kata cuba resipi yang Azzaliza kongsikan ni, serunding telur pedas nampak menarik dan menyelerakan!
Kalau ada sambal belacan lebih tu jangan dibuang. Kalau dulu rumah saya wajib ada sambal belacan tiap kali makan tapi ayah, dia nak sambal belacan yg fresh. So saya kumpul sambal belacan tu buat serunding telur. Makan dengan nasik panas buat pedas-pedas perghhhhh lawan plak ngn ikan masin memang terbaik la. Selain buat lauk sahur, makan dengan roti, moi/bubur nasi pun sedap. –Azzaliza
RESIPI SERUNDING TELUR PEDAS
Bahan-bahan:
Cili merah
Cili api -lagi pedas lagi sedap
Belacan
Garam sikit
Gula sikit
* semua tumbuk lagi sedap. Sbb nk kurangkan air masa menumis
Bawang besar 2 biji potong dadu
5 ulas bawang putih cincang
Sos tiram 1 sudu besar
Asam jawa paste 1 sudu kecik or bleh ganti ngn lemon juice
Telur 3-5biji
Cara memasak:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dengan 1 senduk minyak. Pakai minyak banyak sikit nanti telur tak garing.
Lepas tu masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai garing. Kalau kisar jangan guna air banyak, lepas tu tak perlu tambah air.
Masukkan sos tiram dan asam jawa kacau sebati kemuadian pecahkan telur. Goreng sampai telur tu garing dan keluar minyak.
Jika nak kurangkan minyak lepas masak dah siap masak letak atas kitchen towel/ tisu. Siap !
Nota: Kalau tak makan belacan boleh tukar letak ikan bilis tumbuk atau udang kering tumbuk tapi jangan letak banyak sebab akan menghilangkan rasa telur. Saya pernah improvise resipi asal ni letak kentang potong dadu dan tambah lada hitam bagi lagi pedas menyengat pun sedap jugak!
Pau kampung kukus atau pau kukus homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Ada resipi mudah yang boleh anda cuba. Tak perlu beli lagi kerana anda boleh hasilkan sendiri pau kampung kukus yang sedap dan pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ain Khamis. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan uli hingga sebati menggunakan mixer atau bread maker. Boleh juga uli menggunakan tangan. 2. Bila adunan sudah sempurna diuli, timbang doh seberat 25gm setiap satu dan bulatkan / rounding cantik-cantik.
3. Biarkan doh dalam 15 minit kemudian letakkan inti yang disukai. Boleh guna inti kaya, kari ayam, kacang merah, sambal bilis, sambal sardin dan bermacam-macam lagi. Bulatkan kembali doh.
4. Biarkan doh mengembang sekali lagi dalam 40 minit kemudian barulah dikukus selama 8 minit.
5. Pau Kampung yang sedap, lembut dan gebu sedia untuk dinikmati.
INFO:
Berat doh 25gm akan dapat 24 biji pau saiz kecil.
Penggunaan shortening atau lemak sayuran adalah bertujuaan untuk memutihkan pau. Kalau guna marjerin, doh pau agak kekuningan .
Semua orang suka puding mahu pun agar-agar menu ini sering mengoda selera, terutamanya di musim panas. Selain warnanya yang berwarna warni dan kepelbagai rasa menjadikan ia sesuai untuk juadah pencuci mulut. Dari kerap membeli, apa kata anda sediakan sendiri menu ini dan ia boleh disimpan lama dalam peti sejuk. Jimat dan terjamin kebersihannya.
AGAR-AGAR CENDOL
BAHAN A : LAPISAN CENDOL
750ml air
170gm gula
10gm agar-agar
250ml santan
1 sudu makan tepung jagung
Cendol secukupnya
BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA
750ml air
250gm gula melaka | diracik halus
10gm agar-agar
250ml santan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Masak air, gula dan agar-agar hingga larut.
Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel.
Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar.
Masak sebentar hingga mendidih.
Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol.
Biarkan ianya keras.
Untuk menyediakan bahan B. Masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut.
Masukkan santan, kacau sebentar.
Akhir sekali, tuangkan keatas lapisan cendol yang telah keras.
AGAR-AGAR RINTIK PANDAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
1/2 sudu makan agar-agar serbuk
250ml santan cair
1 sudu makan gula pasir
Sedikit pewarna hijau
BAHAN B:
1/2 sudu besar agar-agar
500ml air
100gm gula merah
1 sudu makan tepung kastard campur 2 sudu makan air
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan keras.
Potong kecil-kecil dan biarkan sebentar.
Untuk menyediakan bahan B. Masak air, daun pandan, gula merah dan agar-agar hingga larut. Masukkan tepung kastard.
Masak hingga mendidih.
Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah berisi dengan potongan agar-agar tadi.
AGAR-AGAR PERMATA
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar
200ml susu cair
400ml air
150gm cawan gula pasir
100ml susu pekat
Esen vanila
Sedikit pewarna
CARA MEMASAK:
Satukan semuanya dan masak hingga mendidih. Ambil tiga senduk dan di tetakkan dalam mangkuk berasingan dan campurkan dengan tiga warna kesukaan anda.
Sejukkan kemudian dipotong dadu.
Panaskan sebentar lebihan agar-agar tadi.
Letakkkan agar-agar yang telah dipotong ke dalam bekas dan tuangkan agar-agar lebihan tadi.
PUDING ROTI COKLAT SUSU
BAHAN-BAHAN:
8 keping biskut jagung
2 keping roti
300ml susu cair
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMASAK
Kisar roti, biskut jagung dan susu cair.
Masukkan telur dan susu pekat. Kisar lagi hingga licin.
Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian dibiarkan warna asal.
Panaskan kukusan dan kukuskan bahagian serbuk koko.
Bila sudah masak, tuangkan pula bahagian yang bewarna asal.