Guna Minyak Bijan. Ini Rahsia Masak Nasi Goreng Cina Jadi Lebih Sedap

Share

Nasi Goreng Cina adalah salah satu resipi nasi goreng yang sangat mudah dan digemari ramai.Cara memasaknya yang ringkas dan mudah membuatkan sajian ini menjadi pilihan. Ia juga antara nasi goreng kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas. Nasi Goreng Cina ini biasanya dimasak menggunakan bawang putih, ikan bilis atau telur sahaja. Rupanya dengan menambahkan minyak bijan mampu menjadikan sajian ini jadi lebih enak dan beraroma. Saudari Har Ryea ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

 

RESIPI NASI GORENG CINA YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Nasi secukupnya
5 ulas (besar) bawang putih – cincang halus
2-3 sudu makan serbuk cukup rasa
1-2 sudu makan minyak bijanbeli online disini
Udang segar secukupnya
4-5 biji telur
1 mangkuk sayur campur
Minyak masak secukupnya
(jumlah bahan bergantung pada nasi.lebihkan jika guna nasi banyak)

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sampai naik bau dan sedikit garing.


2. Kemudian masukkan udang segar. Gaul dan biarkan udang masak seketika.


3. Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sedikit untuk jadikan telur masak elok. Kemudian kacau untuk hancurkan telur.


4. Bila telur sudah masak sempurna, masukkan nasi yang telah direlaikan dan juga sayur campur. Gaul rata hingga semua bahan sebati.


5. Seterusnya taburkan serbuk cukup rasa. Kacau seketika supaya perasa bergaul sempurna.


6. Masukkan minyak bjian dan kacau lagi.


7. Rasa nasi. Jika belum cukup perasanya, boleh tambah serbuk cukup rasa dan juga minyak boleh. Jumlahnya boleh ubah suai ikut cita rasa masing-masing.
8. Nasi Goreng Cina sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga.

Kredit resipi & foto: Har Ryea

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur