Penggunaan lengkuas dalam masakan selalunya sedikit saja, hanya beberapa hiris. Tapi biasanya kita akan beli seketul besar. Selebihnya simpan dan selalu jadi sampai kecut dan tak boleh digunakan lagi. Membazir pula.
Supaya tak jadi lagi pembaziran lengkuas ini, elok kita praktikkan cara simpan yang betul agar lengkuas yang seketul itu tahan berbulan-bulan lamanya. Caranya dikongsi oleh Faizah Husain.
Lengkuas kegunaannya agak jarang juga tapi kalau tiada lengkuas tak sedap singgang dan rendang. Bau lengkuas kalau dalam singgang terus rasa nak ambik nasi.
Lengkuas yang jual di kedai biasanya seketul besar. Nak guna 5 atau 6 hiris saja. Jadi selebihnya simpan ikut cara ini.
1. Basuh kesan-kesan tanah terlebih dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.
2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.
3. Kemudian keluarkan dari peti beku dan terus masukkan dalam bekas atau plastik ziplock. Masukkan cepat sebelum lengkuas berair.
Tujuan dibekukan supaya bila nak ambil untuk masuk dalam masakan lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3-4 keping saja.
4. Simpan semula dalam peti beku. Cara ini lengkuas tahan selamanya jika tak digunakan untuk memasak. Lebih mudah berbanding cara rendam dalam air dan kena tukar air selalu.
Semoga bermanfaat
Sumber: Faizah Husain