Suka makan Kuih Tepung Boko Ubi Kayu? Seperti yang kita tahu, nak buat kuih ini memerlukan kita memarut ibi kayu hingga halus. Lenguh tangan. Rupanya ad acara yang lebih mudah dan hasilnya juga sedap. Hanya menggunakan mesin pengisar, anda boleh menghasilkan Kuih Tepung Boko Ubi Kayu yang enak untuk keluarga. Nak cuba? Saudari Ismi Aishahada kongsikan resipi serta cara-caranya. Selamat mencuba!
RESIPI TEPUNG BOKO UBI KAYU GUNA BLENDER
BAHAN-BAHAN: 1 1/2kg ubi kayu 2 keping gula Melaka/nise besar – beli online disini 1 cawan air 3 cawan santan segar (perahan dari 1 biji kelapa) 3 sudu makan tepung beras – beli online disini 1-2 helai daun pandan 1/2 sudu teh pewarna kuning (jika suka) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Buang kulit dan potong ubi kayu menjadi potongan kecil. Basuh dan kisar halus.
2. Tapis ubi kayu yang telah dikisar untuk buang airnya. Ambil isi kisarannya sahaja.
Ads
3. Masak gula Melaka/nise bersama 1 cawan air. Letak daun pandan. Jika kuih rasa kurang manis, boleh tambah 2 sudu makan gula sahaja.
4. Campurkan gula melaka@ nise yang sudah cair tadi ke dalam ubi kayu yang sudah dikisar tadi. Letak sedikit pewarna kuning (jika suka) dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 20-30 minit.
6. Bila warna ubi sudah bertukar gelap,ia tanda ubi sudah masak. Boleh cucuk guna hujung sudu @lidi. Jika tidak melekat, bermakna ubi sudah masak.
Ads
KUAH SANTAN: 1.Masak santan diatas api. Harus sentiasa kacau supaya tidak berketul dan meruap. 2. Masukkan sedikit garam kasar dan tepung beras. Kacau supaya tidak berketul. Jika berketul boleh tapis. 3. Bila kuah sudah pekat, padamkan api dan sejukkan. Hidangkan bersama Kuih Tepung Boko Ubi Kayu.
Nikmat betul dapat hirup sup yang masih hangat dimakan bersama nasi yang baru dimasak setelah seharian penat bekerja. Resepi sup ekor ala thai yang dikongsikan oleh Putri Bungsu di Facebook ini sangat mudah untuk disediakan sebagai menu makan malam bersama keluarga. Bosan juga asyik sup ayam ataupun daging, apa kata kalini kita tukar selera sikit masak sup ekor lembu ala thai! Jangan malas, jom kita cuba resepi ni sekarang!
Sekali tengok macam kuih lapis. Dua kali tengok pun macam kuih lapis.Tiga kali tengok pun serupa kuih lapis.Tapi ini bukan kuih lapis. Ini puding tau. Puding empat bahan sangat mudah membuatnya. Dah siap, potong-potong, masuk dalam bekas dan sejukkan. Esok pagi sambung makan lagi.
Puding Biskut Cream Cracker
Bahan-bahan:
24 keping biskut krim craker 4 biji telur 1/2 cawan susu pekat-BELI ONLINE DI SINI Pewarna-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat: 1.Rendam biskut dalam air panas sampai kembang 2.Toskan 3.Masukkan semua bahan dalam pengisar. 4.Kisar sampai halus. 5.Bahagikan tiga warna. 6.Tuang warna pertama.Kukus 5 minit.. 7.Lapiskan lagi sampai habis. 8. Yang terakhir kukus lagi 10 minit
Menu Sambal Bilis garing/kering ni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasi panas begitu sahaja pun dha cukup berselera. Jika ada dikalangan anda yang bakal mengerjakan haji, menu ni sesuai dibawa bersama. Boleh tambah tempe goreng atau tauhu goreng juga. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Aien Alaam ni.
SAMBAL BILIS GARING / KERING
BAHAN-BAHAN:
500gm cili kering
500gm ikan bilis halus – goreng hingga garing
Bawang goreng secukupnya
2 kiub pati ayam
Gula halus secukup rasa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang 10 saat atau sehingga cili menjadi rangup. Jangan sampai hangit kerana nanti cili akan jadi pahit.
2. Tumbuk / kisar kering cili kering yang digoreng tadi hingga halus. Ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu makan minyak masak. Masukkan kiub pati ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Masak guna api kecil dan jangan sampai hangit.
4. Seterusnya masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Padam api dan angkat.
6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.