Cara Buat Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Yang Lebih Mudah & Sedap

Share

Suka makan Kuih Tepung Boko Ubi Kayu? Seperti yang kita tahu, nak buat kuih ini memerlukan kita memarut ibi kayu hingga halus. Lenguh tangan. Rupanya ad acara yang lebih mudah dan hasilnya juga sedap. Hanya menggunakan mesin pengisar, anda boleh menghasilkan Kuih Tepung Boko Ubi Kayu yang enak untuk keluarga. Nak cuba? Saudari Ismi Aishah ada kongsikan resipi serta cara-caranya. Selamat mencuba!

 

RESIPI TEPUNG BOKO UBI KAYU GUNA BLENDER

BAHAN-BAHAN:
1 1/2kg ubi kayu
2 keping gula Melaka/nise besar beli online disini


1 cawan air
3 cawan santan segar (perahan dari 1 biji kelapa)
3 sudu makan tepung beras beli online disini
1-2 helai daun pandan
1/2 sudu teh pewarna kuning (jika suka) beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Buang kulit dan potong ubi kayu menjadi potongan kecil. Basuh dan kisar halus.


2. Tapis ubi kayu yang telah dikisar untuk buang airnya. Ambil isi kisarannya sahaja.


3. Masak gula Melaka/nise bersama 1 cawan air. Letak daun pandan. Jika kuih rasa kurang manis, boleh tambah 2 sudu makan gula sahaja.


4. Campurkan gula melaka@ nise yang sudah cair tadi ke dalam ubi kayu yang sudah dikisar tadi. Letak sedikit pewarna kuning (jika suka) dan gaul sehingga sebati.


5. Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 20-30 minit.


6. Bila warna ubi sudah bertukar gelap,ia tanda ubi sudah masak. Boleh cucuk guna hujung sudu @lidi. Jika tidak melekat, bermakna ubi sudah masak.

KUAH SANTAN:
1.Masak santan diatas api. Harus sentiasa kacau supaya tidak berketul dan meruap.
2. Masukkan sedikit garam kasar dan tepung beras. Kacau supaya tidak berketul. Jika berketul boleh tapis.
3. Bila kuah sudah pekat, padamkan api dan sejukkan. Hidangkan bersama Kuih Tepung Boko Ubi Kayu.

Kredit resipi & foto: Ismi Aishah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur