Salad Buah merupakan snek paling mudah yang boleh anda sediakan hari ini. Enak dimakan sejuk, ia merupakan campuran buah-buahan yang digaul bersama sos ringkas. Kombinasi campuran buahan-buahan kegemaran menaikkan lari rasa enak hidangan ini. Lemak, manis, masam, semua ada. Sangat menyegarkan. Nak cuba sos Salad Buah ni? Saudari Ani Zam ada kongsikan resipinya. Jom kita mula!
RESIPI SOS SALAD BUAH SEDAP & MUDAH BUAT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan buah dan potong mengikut selera masing-masing. Selain buah ditas, boleh guna apa-apa sahaja buah-buahan kegemaran yang lain.
2.Masukkan buah-buahan yang dipotong tadi ke dalam mangkuk yang bersesuaian.
3. Seterusnya masukkan susu cair, yogurt dan mayones. Gaul hingga semua bahan sebati dan mesra.
4. Simpan Salad Buah di dalam peti sejuk sebelum dinikmati. Ia sangat enak jika dimakan dingin.
Kredit resipi & foto: Ani Zam
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official