1. Ambil roti bulat burger, potong 6 bahagian jangan putus. Kalau nak guna roti sosej pun boleh je dan kena belah-belahkan tapi jangan bagi putus juga.
Chicken Wrap menu hidangan yang cukup berkhasiat dan mengenyangkan. Buat sendiri di rumah untuk menjamu seisi keluarga. Letak inti padat-padat baru puas makan. Sedap dan mengenyangkan. Lima koleksi resipi chicken wrap untuk anda cuba sendiri di rumah. Ada yang dipanggang dan ada juga yang menggunakan ayam goreng rangup ala KFC. Nak cuba ala shawarma pun ada.
GRILLED CHICKEN WRAP
BAHAN PERAP AYAM
8 keping fillet ayam
Susu segar fullcream
1/2 sudu kecil sos perang
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar sos bawang putih
1 sudu kecil olive oil (boleh ganti minyak masak)
BAHAN WRAP
1 bungkus wrap
Salad
Lobak merah
Timun
Tomato
Mayones
Sos cili
Sos keju nacho’s
Sos lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Dalam plastik zip lock, masukkan fillet ayam. Perap bersama susu segar fullcream selama 30 minit di dalam peti sejuk.
Selepas diperap, masukkan fillet ayam dalam mangkuk. Letakkan sos perang, kicap lemak manis, sos barbeku, sos bawang putih dan minyak zaitun.
3. Gaul sebati ayam dengan bahan perapan. Masukkan kembali ke dalam plastik zip lock. Perap dalam peti sejuk selama 30 minit.
4. Keluarkan ayam. Masak atas kuali leper dengan api sederhana. Terbalik-terbalikkan ayam supaya masak sekata. Setelah masak, angkat dan matikan api. Ketepikan.
Keluarkan wrap. Panaskan seketika atas kuali leper.
Gunting bahagian tengah separuh bulatan.
Susunkan ayam fillet pada satu bahagian.
Susunkan salad, lobak merah, timun dan tomato.
Letakkan mayones, sos cili, sos keju nacho’s dan sos lada hitam.
Bahan-bahan:
Roti tortila jenama mission/gardenia
Nugget tempura jenama apa tak kisah, saya pakai ramly.
Sos cili/tomato
Mayonis
Sos cheezy nachos
Sos blackpaper
Sos thousand island (optional kalau korang suka rasa masam-masam sikit, bolehlah letak)
Salad, tomato, timun, carrot,bawang Holland
Cara membuat:
1. Panaskan roti tortilla atas nonstick pan atau masukkan dalam oven pun boleh. Bakar kejap je dalam 2-3 min jangan sampai roti garing pulak nanti susah nk balut kalau keras.
2. Goreng nugget sampai garing. Kemudian potong nugget kecil-kecil macam dalam gambar tu ye.
3. Potong atau sagat je carrot dan timun panjang-panjang, kemudian bawang Holland potong nipis-nipis.
Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, carrot, tomato, nugget, kemudian baru tuang sos-sos yang ada ikut citarasa korang la nak letak banyak mana. balut kemudian dah siap.
Campurkan bahan bertanda * dalam bekas dan kacau hingga berbuih.
2. Dalam mangkuk lain campurkan, tepung gandum dan garam.
3. Bila adunan yis dah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit.
4. Masukkan 1-2 sudu besar minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan. Biarkan hingga kembang 2 kali ganda. Tumbuk.
Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bulat-bulat. Panaskan grill pan.
6. Canai nipis dan letak dalam grill pan. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila dah mula gelembung-gelembung, terbalikkan.
7. Masak dalam 30 saat -1 minit. Angkat, letak dalam bekas suam.
DAGING/AYAM SHAWARMA
BAHAN A:
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu kecil bunga cengkih – beli online di sini
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil “all spice”
½ sudu kecil serbuk cardamom
½ sudu kecil serbuk cinnamon
½ sudu kecil oregano/thyme
½ sudu kecil serbuk buah pala
½ sudu kecil lada hitam
¼ sudu kecil serbuk halia
1/4 sudu kecil serbuk cili – beli online di sini
*kisar kering semua bahan di atas
1kg daging
¼ cawan jus lemon segar
¼ cawan cuka putih
¼ cawan minyak zaitun
CARA MASAK:
Campurkan serbuk yang telah dikisar dengan bahan B kecuali daging.
2. Kemudian, sapukan ramuan ini pada daging dan biarkan semalaman. Saya guna daging bahagian “culotte”. Boleh juga gunakan steak ribeye, flank steak atau skirt steak.
Atau gantikan dengan thigh ayam yang dah dibuang tulang. Kalau diet, dada pun boleh. Esoknya boleh nyahbekukan.
4. Panaskan grill pan. Grill daging sampai separuh masak. Keluarkan. Rehatkan. Hiris nipis. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga cara masak yang disukai.
BAHAN SOS TAHINI:
2 sudu teh pes tahini
3 ulas bawang putih
½ cawan lemon jus
1 sudu teh garam
*kisar semua bahan hingga halus
Menu roti sering dihidangkan ketika sarapan. Kadang kala roti yang dibeli jika dalam kuantiti yang besar sukar nak habiskan, silap hari tamat tempoh. Jadi kalau tak nak membazir, jom buat roti berhantu ni. Sekali makan gerenti susah nak berhenti. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kurang. Memang senang nak buat sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu.
Roti Telur Berhantu
Bahan-bahan:
6 keping roti
Susu pekat manis
2 biji telur
Cara membuat:
1.Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.
2.Kacaulah bagi ia sebati
3.Celup roti.
4.Bahagi dua belah dan celup.
5.Gorenglah tanpa minyak atau kurang sebab kalau minyak banyak ia meresap.
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni mudah aje. Adunan kaya ball ni boleh juga dibuat pancake.Sangat lembut dan menjadi.
Kata Nurhaziqah resipi kaya ball ni kacau pakai whisk aje, tak perlu mixer atau mesin pengadun pu. Yang penting ada acuan.Dia menggunakan acuan takoyaki, kalau tak ada boleh aje guna acuan kuah cara.
KAYA BALL
BAHAN-BAHAN :
• 1 cawan tepung gandum • 2 sudu kecilbaking powder • secubit garam * • 2 sudu besar gula halus * • 3/4 cawan susu segar + 2 sudu besar susu segar* ( jadi 3/4 cwn 2 sudu besar susu) • 1 biji telur * • 2 sudu besar mentega |cairkan * • 1 sudu kecil esen vanilla * • Kaya secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Satukan bahan bertanda *
2. Kacau bahan bertanda * sehingga sebati
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder
4. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul
5. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan 6. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.
7. Picitkan adunan ke dalam acuan..separuh saja jangan full.
8. Kemudian picitkan kaya
9. Picitkan adunan sehingga full
10.Tutup acuan menggunakan penutup periuk selama 3 minit
11.Kemudian balikkan kaya ball dan biarkan lagi selama 3-5 minit atau sehingga masak