Ada pisau yang sudah karat tapi sayang sebab masih boleh digunakan. Ini cara mudah untuk menghilangkan kesan karat tanpa susah payah menyental.
BAHAN-BAHAN:
- 1 Botol Cuka Makan
CARA MENYEDIAKAN:
- Rendam dalam cuka makanan selama 24 jam.
- Bilas dengan air paip.
- Kemudian sadur dengan minyak pelincir atau minyak masak.
Kredit: Abdul Rashid Abdul Manaf
Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.
BOLEH LIHAT PETUA BERIKUT YANG MEMBERI MANFAAT BUAT ANDA:
Daging Liat? Tukang Masak Thai Kongsi Dua Cara Lembutkan Daging. Memang Menjadi!
Cara Mudah Cuci Air Fryer, Barulah Sentiasa Bersih & Bebas Kuman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Cara Mudah & Berkesan Untuk Halau Kutu Dari Bekas Beras Anda.
Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
- JEMUR PANAS
- Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
- GUNA CILI KERING
- Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
- LETAK BAWANG PUTIH
- Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
- HALAU GUNA DAUN PUDINA
- Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
- DAUN LIMAU PURUT
- Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
- SIMPAN BERSAMA KULIT KAYU MANIS
- Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Boleh Guna Petua Sabun Ini Untuk Hilangkan Hitam Bawah Periuk
Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak, terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Susah juga nak cuci dan sental.
Jadi macam mana nak hilangkan kesan hitam degil bawah periuk? Menurut perkongsian daripada saudari Zainun Mamat, dia mengamalkan petua guna sabun mandi dan keluli besi cuci periuk.
Hasilnya, memang macam periuk baru! Malah periuknya yang sudah berusia 22 tahun masih tahan dan bersih cun melecun.
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
TONTON Minit Ekspress: Kuah Kacang Ekspress
“Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang.”
Caranya mudah saja:
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
1. Rendam besi keluli dengan sabun mandi dan sedikit air.
2. Tekan-tekan sikit. Biar jadi berbuih. Kemudian, bolehlah sental periuk kita. Bilas dan cuci bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.
3. Besi keluli juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.
Kredit petua: Zainun Mamat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Pajeri Nenas Utara Warisan Turun-Temurun Yang Pekat & Sedap
Petua Simpan Daun Pisang Tahan Lama, Kekal Segar Sampai 2 Bulan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Selain Labu Kuning Ada Macam-macam Jenis dan Rupanya Yang Lain
Labu kuning (pumpkin) agak mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandung zat seperti Beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik. Tetapi sebenarnya ada banyak jenis labu yang lain.
Labu kaya akan vitamin A, C dan E dan mineral, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan anti radikal bebas. Jom kita kongsi ilmu
Antara jenis labu:
1. Labu Air
Teksturnya keras, warna kulit kehijauan, dan isi buah berwarna putih. Ia boleh dijadikan manisan kering atau dimasak menjadi lauk. Labu jenis ini mengandung getah yang lebih banyak dibandingkan labu lain. Oleh kerana itu, kupaslah labu di bawah air mengalir. Labu air mengandung kalsium, zat besi, dan vitamin C. Selain itu labu air kaya dengan serat, mineral, dan kalsium..
2. Butternut Squash
Rasa dan warnanya mirip dengan labu kuning, tetapi bentuknya oval dengan tekstur isi buah lebih lembut. Sangat sesuai dijadikan pelbagai hidangan pencuci mulut seperti seperti pudding dan kek. Seperti labu kuning, Butternut Squash juga sangat kaya vitamin A, C, mineral, dan serat.
3. Courgette – Courgette (Cucurbita Pepo)
Ia sangat popular di Eropah dan Timur Tengah. pelbagai masakan lazat tercipta daripada labu yang mirip mentimun ini. Labu yang masih muda sangat sesuai digunakan dalam masakan. Labu ini sangat lazat jika diisi dengan daging, campuran salad, ataupun ditumis dengan makanan laut.
4. Labu Mi
Dipanggil labu mi atau labu spageti kerana isinya seperti mi bila dikeluarkan. Bentuknya pula mirip labu kuning. Semakin tua, tekstur isi buahnya akan semakin padat menyerupai mi. Labu ini sangat enak dibuat aneka puding, kuih, atau diolah menjadi sayuran, dipanggang dengan daging ataupun ditumis.
5. Kabucha
Labu ini dipercayai berasal dari Jepun. Di pasaran ada dua jenis yang hanya berbeza bentuk. Acorn Squash berbentuk oval dan Kabucha pula berbentuk bulat. Enak dimasak menjadi sup, stew sayuran, atau hidangan penutup.
6. Labu Siam (Sechium Edule)
Bentuk labu siam (Sechium Edule) lebih kecil daripada jenis labu lain. Sifatnya pun bergetah dengan permukaan yang berbiku-biku. Labu ini sesuai dijadikan masakan sayur, seperti sambal goreng, sayur bersantan atau dikukus sebagai kudapan.
Sebenarnya ada banyak lagi jenis labu ni selain dari enam yang dicerita tadi. Jenis berbeza mengikut negara, iklim dan permukaan tanah itu sendiri.