Guna Daun Wangi, Gelama Masam. Petua Buat Nasi Ulam Paling Sedap.

Share

Sesekali menjamah Nasi Ulam memang sedap. Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak lagi sedap, guna banyak ulam-ulaman yang berbau wangi. Memang lagi berselera. Terasa hasilkan menu ini untuk keluarga? Resipi Nasi Ulam Utara perkongsian saudari Ani Mizi ni antara yang terbaik yang boleh dicuba.

RESIPI NASI ULAM UTARA

BAHAN-BAHAN:

  • 7-10 senduk nasi sejuk

BAHAN ULAM (HIRIS HALUS):

  • Daun selom
  • Daun Kesum
  • Daun Kemangin
  • Daun Ulam Raja
  • Daun kunyit ( aneka ulam ni boleh ditambah pelbagai jenis lagi. Paling bagus guna ulam yang beraroma)
  • 1 biji bawang besar
  • 5-6 batang serai

BAHAN TUMBUK:

  • 1-2 keping ikan tenggiri masam atau gelama masam – digoreng dan ditumbuk
  • ½ inci lengkuas
  • 15-20 biji cili padi
  • 1 inci belacan
  • 3 sudu makan beras – goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
  • Kerisik

CARA MEMASAK:
1. Ambil nasi dan masukkan ke dalam bekas besar yang bersesuaian.

2. Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam nasi dan gaul rata.

3. Kemudian masukkan aneka ulam-ulaman yang dihiris. Gaul rata sekali lagi.

 

4. Rasa nasi dan jika kurang rasa, boleh tambah garam atau isi ikan masin tumbuk dengan secukupnya.

5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ani Mizi

 

Tengah cari FOOD PROCESSOR baru? Dapatkan secara online DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur