
Piza saiz 9 inci sudah cukup sempurna untuk dinikmati buat dua atau tiga orang. Apatah lagi kalau dibuat sendiri dengan menggunakan toping yang kita gemari.
Melalui facebook, Hidayati Hana telah berkongsi resipi membuat piza. Resipi ini boleh membuat dua keping piza bersain 9 inci. Wow sangat kan?
Jom kita lihat resipinya.
PIZA HOMEMADE

BAHAN DOH
1/2 cawan air suam
1 sudu besar yis
1sudu kecil gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun (boleh guna minyak masak)
CARA MEMBUAT
1. Campurkan air suam dengan yis dan gula.
2. Biarkan selama 10 minit sehingga yis kembang.
3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, garam dan minyak zaitun.
4. Gaul rata dan masukkan yis yang sudah kembang tadi.
5. Uli adunan tepung gandum itu seketika sehingga doh tidak lekat di tangan. Perap selama 1 jam.
6. Apabila sudah 1 jam ambil, doh tadi dan tumbuk-tumbuk supaya keluar angin.
7. Taburkan tepung gandum di atas papan pencanai dan bahagikan kepada 2 bahagian.
8. Canaikan doh tadi. Bentuk bulat dan letakkan dalam loyang saiz 9 inci yang sudah disapukan dengan sedikit mentega atau minyak masak.
9. Ambil garpu dan cucuk-cucukkan doh tadi.

BAHAN TOPING
Sedikit sos Prego (untuk sapu atas doh)
Keju mozarella (parut)
Sosej
Crabstick
Capsicum hijau/merah
Bawang holland
CARA MEMBUAT
1. Sapu sos Prego atas doh.

2. Taburkan sedikit keju mozarella.
3. Letakkan sosej, crabstick, capsicum dan bawang holland.

4. Taburkan lagi keju mozarella ke atas doh.

5. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit.
6. Panaskan oven suhu 200 darjah selsius dan bakar selama 25 minit.
7. Inilah hasilnya.

Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Hidayati Hana
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Pastri Lapis Manis , Rangup Kaya Dengan Rasa Mentega…

Pastri Lapis atau Puff Pastry memang kaya dengan rasa mentega yang enak. Rapuh dengan rasa lemak memang gerenti sedap.
Satu ciri utama pastri lapis ni adalah doh yang dilipat dan dicanai beberapa kali. Setiap kali ulangan langkah ini, doh kena direhatkan dalam peti sejuk. Terbentuk lah pastri yang mengembang naik yang gebu dan lembut.
Pasti berperasa mentega ni jadi tambah enak bila diletak inti atau topping. Ni min kongsikan 5 pastri manis untuk menceriakan hari mu.
1. PARISIAN FLAN

BAHAN-BAHAN :
Bahan A: Crème Patisserie / Kastard
- 1 liter susu segar
- 10 ml esen vanilla
- 240gm kuning telur
- 200gm gula halus
- 90gm tepung jagung
- 100gm mentega | biar dalam suhu 40 darjah Celcius
Bahan B: Pastri Lapis :
- 425gm mentega | tidak bergaram ‘unsalted’
- 312gm tepung roti
- 190gm tepung kek
- 15gm garam
- 75gm mentega
- 250ml air sejuk | dari peti sejuk
CARA MEMASAK :
1. Satukan Bahan B ke dalam mesin adunan sehingga sebati.
2. Ulikan doh, ratakan menjadi segi empat tepat.
3. Lipatkan dengan mentega 425gm ke dalamnya. Pada proses lipatan pertama rehatkan dalam peti sejuk ‘chillers’ sekurangya sejam.
4. Kemudian ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 10 kali membentuk segi empat. Setiap kali proses lipatan dan canai pastikan ia direhatkan dalam peti sejuk selama 20 minit
5. Lakukan langkah ini sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan.
Cara membuat kastad :
1. Panaskan susu dan esen vanilla dalam periuk.
2. Tambahkan telur kuning, gula, telur dan tepung jagung ke dalam mangkuk adunan dan kacau sehingga pekat.
3. Kemudian masukkan mentega dan kacau sebati.
4.Leperkan dan tekan rata doh pastri lapis dalam loyang bulat dan isikan dengan kastard.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180oC selama 1 jam.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Kelembutan kastad bersama dengan kerangupan pastri lapis dengan keharuman mentega
Info Chef : Pastikan anda membakar sehingga permukaan kastad menjadi warna keperangan (caramelized). Anda boleh juga menggunakan doh pastri puff sedia yang di jual di pasaraya.
2. CHOCOLATE 72% MILLE-FEUILLE

BAHAN-BAHAN :
Bahan A : Creme Patisserie Chocolate/ Kastad Coklat
- 500 ml susu segar
- 100gm krim
- 90gm kuning telur
- 75gm gula halus
- 30gm tepung jagung
- 210gm coklat | dicairkan
- 100gm mentega
Bahan B: Pastri Lapis Berperisa Coklat
- 1200gm mentega ‘unsalted’
- 75gm tepung koko
- 1500gm tepung gandum
- 30gm garam halus
- 750ml air sejuk
- 180gm mentega ‘unsalted’
- 120gm coklat gelap | dicairkan
CARA MEMASAK :
1. Satukan Bahan B (kecuali coklat gelap) dalam mesin adunan sehingga menjadi doh.
2. Tambahkan coklat gelap cair dan ulikan doh sehingga sebati.
3. Lipatkan doh sebanyak 10 kali bersama mentega. Lakukan proses sama seperti resipi sebelumnya .
4. Leperkan doh setebal 4cm dan potongkan lapisan doh secara memanjang.
5. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180 oC selama 30 minit, dan pastikan dulang diletakkan ke atas doh semasa proses pembakaran.
Cara memasak kastad coklat :
1. Panaskan krim dan susu dalam periuk.
2. Ambilkan mangkuk adunan dan campurkan telur kuning, gula dan tepung jagung.
3. Tunggu hingga krim dan susu mengelegak, kemudian tambahkan ke dalam mangkuk adunan dan gaulkan.
4. Masukkan coklat cair ke dalam mangkuk bersama mentega.
5. Biarkan sejuk ,sapukan kastad coklat di antara lapisan doh yang dibakar tadi
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara Memasak : Bakar dan didih (kastad)
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat gelap dengan koko tulen lebih 70 peratus
Info Chef : Letakkan dulang di atas doh pastri supaya ianya tidak mengembang atau menaik semasa proses pembakaran. Pastri dalam keadaan leper dan nipis setelah dibakar.
3. ALBINAO RED BERRIES BAND

Bahan A:
- 425gm mentega
- 1kg beri campuran IQF *Ada dijual di pasaraya
- Krim badam secukupnya | *Rujuk resipi Alsation Apple Tart untuk cara buat.
Bahan B Pastri Lapis:
- 425gm mentega tanpa garam
- 312gm tepung roti
- 190gm tepung kek
- 15gm garam
- 75gm mentega
- 250ml air sejuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan B di dalam mesin adunan. Ulikan doh
2. Kemudian lipatkan doh dengan mentega (425g) sebanyak 15 kali. Canai dan ratakan.
3. Potong doh pastri lapis memanjang,bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit
4. Letakkan pastri lapis ke dalam loyang bersama krim almond, dan isikan dengan beri campuran IQF.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Keunikan rasa beri yang masam manis dengan krim badam
INFO CHEF : Pastikan anda meletakkan dulang di atas doh pastri supaya ianya tidak mengembang naik terlalu besar semasa proses pembakaran.
4. ALSATION APPLE TART

BAHAN-BAHAN :
Bahan A : Krim badam
- 1kg gula
- 1kg mentega
- 2 biji epal
- 1kg tepung badam
- 10gm tepung gandum
- 12 biji telur
* Baki boleh disimpan dalam peti sejuk
Doh pastri lapis secukupnya *Resipi dan cara buat sama seperti Parisian Flan.
Bahan B : Epal rebus
- 2kg epal merah atau hijau
- 3 batang kayu manis
- 6 biji bunga lawang
- 1kg puri rasberi
CARA MEMASAK :
1. Mulakan dngan bahan B, sediakan periuk besar dan isikan air sehingga 1/4.
2. Buangkan kulit epal dan biarkan tangkai bersama semasa merebus.
3. Masukkan puri apabila sudah mengelegak berserta dengan kesemua epal, kulit kayu manis, bunga lawang.
4. Tutup periuk dan biarkan ia direbus selama sejam lebih.
5. Apabila sejuk potong epal dalam bentuk wedges.
Cara membuat krim badam:
1. Sediakan bahan A, mulakan dengan masukkan gula dan mentega dalam mesin campuran putar sehingga kelihatan kuning pucat.
2. Kemudiam masukkan tepung badam tepung biasa dan telur secara selang seli sehingga dicampur dengan rata.
3. Kemudiankan ambil doh pastri lapis dan tekan rata dan sedia dalam tart ring.(acuan berbentuk segi empat.
4. Isikan krim almond sehingga 80% dan susunkan epal yand dihiris dalam bentuk yang dikegemari.
5. Panaskan dalam ketuhar 170oC selama 30 minute, tunggu sehingga warna atas bertukar ke warna coklat terang.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Gabungan rasa epal dengan keharuman kulit kayu manis
Info Chef : Pastikan epal tidak terlalu masak supaya tidak menjadi lembik
5. CINNAMON PALMIERS

BAHAN-BAHAN :
Bahan-bahan Pastri Lapis:
- 425gm mentega tanpa garam
- 312gm tepung roti
- 190gm tepung kek
- 15gm garam
- 75gm mentega
- 250ml air sejuk
Gula halus dan serbuk kayu manis secukupnya |dicampurkan
CARA MEMASAK :
1. Lakukan langkah membuat pastri seperti membuat pasteri dalam resipi sebelumnya. Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 10 kali. Setiap kali lipatan dan canai, simpan dan rehatkan doh dalam peti sejuk.
2. Ulikan adunan doh pastri dan canai rata sehingga 4sm tebal
3. Taburkan gula dan serbuk kayu manis ke atas doh pastri.
4. Potong secara memanjang dan bentukkan dan lilit sehingga menyerupai hati.
5. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180 oC selama 30 minit.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Keharuman kulit kayu manis sepadan pastri lapis bergula
Info Chef : Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama aiskrim vanilla. Palmiers bermaksud pastri berbentuk telinga gajah atau daun palma.
Resipi Taco Berkeju Daging Dendeng & Cheesy Mini Prata Sambal Udang Yang Wajib Dicuba

Jika anda suka makan Daging Dendeng dan Sambal Udang, anda wajib cuba resipi ini. Mungkin nampak pelik tetapi rasanya memang sedap. Resipi dari Mexico dan Itali ini memang tidak mengecewakan apabila dioleh mengikut tekak orang Malaysia. Masak pula menggunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style dan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes, memang terliur dibuatnya.


TACO BERKEJU DAGING DENDENG

Bahan-bahan A:
- Kepingan taco secukupnya
- 150gm Perfect Italiano Mexican Style
- Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
- 800gram daging
- 5 batang serai – hiris
- 8 helai daun limau purut
- 1 cawan stok/air rebusan daging
- 1 cawan bawang goreng
- 4 sudu makan kicap manis
- 4 sudu makan kicap masin
- 3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
- 2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
- 1 cawan minyak
- 20 tangkai cili kering
- 10 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 4 batang serai
Cara-cara:
- Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan). Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging tadi hingga agak perang. Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis. Ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi. Ketepikan.
- Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar. Tumis hingga bahan masak dan wangi.
- Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
- Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam. Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CHEESY MINI PIZZA PRATA SAMBAL UDANG

Bahan-bahan:
- 4 keping prata segera
- 250gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
- Daun basil – cincang kasar
- Mentega Anchor (Unsalted)
Bahan-bahan B (Sambal Udang):
- 10-15 ekor udang sederhana – bersihkan
- 1 biji bawang holland – potong bulat
- 6 biji tomato ceri – belah dua
- 10 tangkai cili kering – rebus dan toskan
- 6 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan gula perang
- Garam secukupnya
Cara-cara:
- Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, gula perang, udang dan garam secukupnya. Gaul sebati dan sejukkan sebentar.
- Sapu sedikit mentega Anchor (Unsalted) di dalam dulang pembakar, letak sekeping prata.
- Sendukkan sambal udang secukupnya lalu ratakan diatas prata. Susun hirisan bawang holland dan tomato ceri. Renjiskan sambal sedikit lagi.
- Tabur keju Perfect Italiano Perfect Pizza secukupnya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
- Tabur cincangan daun basil dan hidangkan segera.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Dada Ayam Tak Laku? Jom Buat PopCorn Ayam Paling Mudah, Sekejap Habis Sepinggan
Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Tiga Resipi Sandwich Sedap Sesuai Untuk Breakfast & Brunch

Sandwic adalah antara sajian sarapan mudah dan sedap yang boleh disediakan setiap hari. Kalau biasa yang dinikmati adalah Sandwich Telur dan Sandwich Sardin.
Jika ‘up’ sedikit, bolehlah guna tuna atau salmon salai. Hmm…memang tidak dinafikan, memang enak.
Bagi yang sibuk, sandwich juga dijadikan menu untuk ‘brunch’. Sekali harung makan untuk sarapan dan juga makan tengahari.
Jadi bagi anda yang suka makan sandwich, aneka resipi sandwic yang boleh dicuba. Ni bukan sandwic biasa tau. Intinya diperbuat dari kombinasi bahan-bahan terbaik dan premium. Jika anda buat dan hidang untuk anak-anak, pastinya licin. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Cubalah…Anda pasti sukakannya.
1. SANDWICH AYAM PANGGANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 buku roti wholemeal
- 1 keping dada ayam | dipotong 2-3 inci
- ½ inci halia |ditumbuk halus
- 2 ulas bawang putih |ditumbuk halus
- 5gm serbuk lada hitam |ditumbuk halus
- 5gm herba rosemary kering |ditumbuk halus
- sedikit minyak bijan – beli online disini
- Sedikit madu – beli online disini
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak zaitun
- 30gm mayones pedas
BAHAN-BAHAN UNTUK SAYUR:
- 4 – 5 kelopak salad butterhead
- 5 keping hirisan tomato
- Sedikit hirisan bawang besar
- 3 keping hirisan lada benggala merah
- 3 keping hirisan lada benggala kuning
CARA MEMASAK:
- Sapu sedikit mentega pada roti, kemudian dibakar di dalam pembakar roti sehingga separuh garing, angkat dan ketepikan.
- Panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga ia menjadi sebati.
- Panaskan kuali tidak melekat dan panggang ayam tadi hingga masak.
- Setelah itu, letakkan di atas roti dan hidangkan bersama salad butterhead, hirisan tomato, bawang besar dan lada benggala.
- Paipkan sos, tutup dengan bahagian atas roti sebelah atas dan hidangkan.
2. SANDWICH BERSAMA TUMISAN CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 buku roti serat
- 5gm mentega
- 3 keping keju cheddar kurang lemak
- 30gm cendawan tiram |dicarik
- 30gm cendawan butang |dihiris halus
- 15gm daun ketumbar |dihiris halus
- 20gm bawang putih |dicincang
- 20ml minyak zaitun – beli online disini
- 15gm bawang |dipotong dadu
- 5gm serbuk paprika
- 15gm mayones pedas – beli online disini
BAHAN-BAHAN SAYUR :
- 6 kelopak salad butterhead
- 9 keping hirisan tomato | dibuang biji
- 15 keping hirisan kecil timun Jepun
CARA MEMASAK:
- Sapu sedikit mentega pada roti, kemudian bakar di dalam pembakar roti sehingga separuh garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas.
- Gaul bahan-bahan tersebut dengan minyak zaitun sehingga sebati dan pastikan cendawan masak. Setelah itu, letakkan di atas roti bersama sayur salad, hirisan tomato, timun Jepun, cendawan dan keju. Sedia untuk dihidang.
3. SANDWICH TUNA MAYO PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 1 buku roti serat
- 5gm mentega
- 3 keping keju cheddar kurang lemak
- 1 tin tuna bersama minyak zaitun
- ½ biji bawang kecil |dipotong dadu
- 15gm mayones pedas
- 5gm serbuk lada hitam kasar
- ½ biji limau nipis |diperah jus
- secubit garam
BAHAN-BAHAN UNTUK SAYUR:
- 4 – 6 kelopak salad butterhead
- 9 keping hirisan tomato |dibuang biji
- 15 keping hirisan kecil timun jepun
CARA MEMASAK:
- Sapu sedikit mentega pada roti, kemudian dibakar di dalam pembakar roti sehingga separuh garing, angkat dan ketepikan.
- Panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas.
- Masukkan tuna bersama minyak zaitun ke dalam mangkuk. Campurkan bawang kecil yang telah dipotong dadu.
- Masukkan pula mayones pedas dan gaul kesemua bahan sehingga rata.
- Taburkn serbuk lada hitam kasar dan garam. Gaul semula hingga rata dan sebati.
- Setelah itu, letakkan di atas roti bersama sayur salad, hirisan tomato, timun Jepun, cendawan dan keju. Sedia untuk dihidang.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

