Guna Resipi Ni Dapat 2 Keping Piza Saiz 9 Inci, Jom Buat Piza!

Share

Piza saiz 9 inci sudah cukup sempurna untuk dinikmati buat dua atau tiga orang. Apatah lagi kalau dibuat sendiri dengan menggunakan toping yang kita gemari.

Melalui facebook, Hidayati Hana telah berkongsi resipi membuat piza. Resipi ini boleh membuat dua keping piza bersain 9 inci. Wow sangat kan?

Jom kita lihat resipinya.

PIZA HOMEMADE

BAHAN DOH


1/2 cawan air suam
1 sudu besar yis
1sudu kecil gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun (boleh guna minyak masak)

CARA MEMBUAT
1. Campurkan air suam dengan yis dan gula.
2. Biarkan selama 10 minit sehingga yis kembang.
3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, garam dan minyak zaitun.
4. Gaul rata dan masukkan yis yang sudah kembang tadi.
5. Uli adunan tepung gandum itu seketika sehingga doh tidak lekat di tangan. Perap selama 1 jam.
6. Apabila sudah 1 jam ambil, doh tadi dan tumbuk-tumbuk supaya keluar angin.
7. Taburkan tepung gandum di atas papan pencanai dan bahagikan kepada 2 bahagian.
8. Canaikan doh tadi. Bentuk bulat dan letakkan dalam loyang saiz 9 inci yang sudah disapukan dengan sedikit mentega atau minyak masak.
9. Ambil garpu dan cucuk-cucukkan doh tadi.

BAHAN TOPING
Sedikit sos Prego (untuk sapu atas doh)
Keju mozarella (parut)
Sosej
Crabstick
Capsicum hijau/merah
Bawang holland

CARA MEMBUAT
1. Sapu sos Prego atas doh.


2. Taburkan sedikit keju mozarella.
3. Letakkan sosej, crabstick, capsicum dan bawang holland.


4. Taburkan lagi keju mozarella ke atas doh.


5. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit.
6. Panaskan oven suhu 200 darjah selsius dan bakar selama 25 minit.
7. Inilah hasilnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Hidayati Hana

Published by
Maryam Elyas