Teh Pakistan Mashyur. Unik resipi yang dikongsi oleh Cikgu Afy Al Habibi ni. Nama diambil sempena resipi ayng diperolehi dari tauke karpet Pakistan. Minuman ini tidak sama dengan Teh Tarik biasa kerana ada teknik penyediaannya tersendiri. Cubalah… Buat untuk minum petang pun sesuai tau. Memang padu. Selamat mencuba!

 

RESIPI TEH PAKISTAN MASHYUR

BAHAN-BAHAN:

  • 7 uncang teh wangi Ros – koyak uncangnya (beli online disini)
  • 1 jug air -anggaran 1 liter
  • 50ml susu segar – nak sedap, guna susu full cream
  • 1/5 tin susu pekat manis – boleh kurang @ tambah ikut kuantiti air (beli online disini)
  • Garam secubit dua

CARA MEMASAK:

1. Satukan serbuk teh, air, susu, susu pekat manis dan garam ke dalam periuk. Masak guna api perlahan hingga teh bertukar warna dan menjadi kembang.

2. Kacau bancuhan teh sekali sekala. Rasa dan boleh ubah suai susu ikut cita rasa masing-masing.

IKLAN

3. Bila teh sudah betul-betul mendidih, padamkan api.

4. Tapis teh menggunakan penapis kain. Memang padu rasa teh nya.

5. Dengan berhati-hati, tarik air teh yang telah ditapis tadi hingga berbuih.

IKLAN

6. Teh Pakistan Mashyur sedia dihidangkan. Enak dihirup ketika air teh masih panas suam.

INFO:

  • Untuk rasa yang sedap, serbuk teh perlu dimasak di atas dapur. Ada beza rasanya berbanding dikacau dengan air panas biasa.
  • Teh ini berbau wangi dan tidak terlalu manis kerana tidak ditambah gula.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

Begini Cara Buat Somtam Betik Muda. Pedas, Masam, Manis Memang Sedap

Tambah Cili Solok. Ini Rahsia Masak Sayur Lemak Ikan Rebus Jadi Lebih Sedap

Petua Masak Sup Daging Siam Yang Sedap, Cepat Empuk & Tak Guna Banyak Minyak

Cara Buat Kuih Cakoi & Kuah Pandan Yang Mudah, Sedap & Confirm Jadi

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official