Chapati, Capati, Chappati atau Chapathi adalah roti rata yang tidak beragi (juga dikenali sebagai roti) dari Nepal, India dan Pakistan.
Capati sangat mengenyangkan dan sesuai juga dijadikan sebagai sarapan. Capati sangat sedap dan tetap lembut meskipun sudah sejuk.
Bagi anda yang tercari-cari resipi untuk hidangan sarapan yang mudah, sedap dan sihat, resipi capati daripada Sha Yaacob ini pastinya sesuai buat anda.
CARA BUAT CAPATI
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung atta (lebih baik beli yang timbang ya, baru lembut elok & asli capati sebab kalau yang pack tu nanti capati keras)
1 liter air (kurangkan sikit tak apa, nant keras boleh tambah air masa uli)
2 sudu kecik garam – beli online di sini
1 sudu teh gula – beli online di sini
2 sudu besar gula marjerin sayur
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CARA BUAT:
1. Masukkan air, gula dan garam dalam bekas. Sebatikan.
2. Masak majerin sampai cair. Masukkan dalam bekas air tadi.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Uli jangan terlalu lembut, jangan terlalu keras. Apabila siap, rehatkan doh 30 minit, boleh buat bentuk bebola.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Lagi elok doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut dan sedap dimakan.
5. Canaikan dan boleh dibakar.
*1kg tepung boleh dapat dalam 23 biji capati.
Kredit resipi: Sha Yaacob
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: