Guna Tepung, Teknik Betul Bersihkan Minyak Atau Kicap Tumpah. Tak Perlu Sabun & Mop

Share

Tumpahan minyak, kicap atau sos di lantai antara kotoran yang paling leceh untuk dibersihkan.

Habis satu dapur perlu bersihkan kalau dibiarkan terutamanya minyak. Penat dan mood memasak pun boleh spoil. Ya lah paling tidak dua kali kena mop.

Tapi sebenarnya ramai suri rumah tak tahu ada cara yang mudah untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini.

Tak perlu ambil mop atau guna air dan sabun pun namun cukup berkesan untuk kembalikan kebersihan lantai.

Teknik bersih tumpahan guna tepung

Apa yang diperlukan cuma tepung gandum saja. Teknik ini dikongsi oleh Chef As – As Homemade. 

Caranya seperti berikut:

1. Sekiranya kicap, minyak, sos atau sebarang jenis cecair tumpah di lantai jangan terus mop. Cara ini boleh menyebabkan kotoran makin merebak ke bahagian lain.

2. Teknik paling berkesan untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini adalah dengan menggunakan tepung gandum.

3. Taburkan di atas tumpahan dengan rata lalu biarkan seketika supaya tepung dapat menyerap tumpahan.

4. Selepas itu menggunakan sarung tangan, kaut semua kesan kotoran yang sudahpun bergumpal dengan tepung.

5. Ketika ini kerja pembersihan akan jadi lebih senang, cuma perlu kaut gumpalan tepung tadi untuk dibuang.

6. Selepas itu boleh dilap atau dimop lantai jika mahu. Untuk lebih mudah, boleh lihat video perkongsian Chef As.

Sumber: Chef As – As Homemade

 

Published by
Rose