Guna7 Bahan Ini Redakan Selesema & Deman Musim Hujan Ni, Free Je.

Share

Dengan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas dan sekejap hujan menyebabkan ramai yang mengalami demam dan selesema, termasuk anak-anak. Orang dewasa juga tidak terkecuali, jadi jika anak atau anda mula mengalami simptom demam dan selesema, boleh amalkan petua secara semulajadi ini hanya dengan menggunakan bahan masakan yang ada di dalam dapur anda. Diharapkan dengan cara ini, tanda-tanda selesema tidak melarat menjadi demam.

HALIA

Apa perlu dilakukan, anda hanya perlu mencampurkan halia dan limau di dalam air minuman suam atau sejuk. Ambil  sekurang-kurangnya dua kali sehari. Amalkan sehingga demam dan selesema reda.

MADU

Madu asli mempunyai agen antibakteria dan antivirus yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria. Selain itu,  madu juga berguna jika anda turut mengalami sakit tekak dan batuk-batuk.

BAWANG PUTIH

Bahan tambahan dalam masakan ini kaya dengan antibiotik semulajadi, ia membantu melawan penyakit. Ciri-ciri antivirus dalam bawang putih juga menghasilkan antioksidan. Untuk mendapat khasiatnya anda cubalah makan bawang putih ini metah-mentah.

KUN YIT

Kunyit memang terbukti mampu merawat  jangkitan virus dan bakteria sejak turun temurun.Anda boleh menambah kunyit di dalam makanan sepajang  mengalami selesema.  Untuk lebih berkesan tambahkan kunyit dalam susu atau jus minuman.

 

JINTAN MANIS

Jika anda mengalami masalah batuk dan sesak nafas, pengambilan jintan manis sangat membantu kerana cirri-ciri antibakteria yang melegakan selesema dan batuk. Anda hanya perlu tambahkan jintan manis yang dikisar bersama bawang putih, gula dan kulit kayu manis dalam air panas, tapis dan minum airnya. Amalkan tiga kali sehari.

BUAH BERRI

Antioksida dalam buah beri sangat aktif berbanding buah-buahan segar lain. Mengandungi tahap antosianin, salah satu antioksidan yang sangat kuat dalam membantu meningkatkan imuniti tubuh melawan demam dan selesema.

SAYURAN HIJAU

Kandungan nutrien yang tinggi dalam sayur-sayuran hijau sebenarnya boleh memantu tubuh melawan demam dan selesema.

 

Published by
Norasida Myasin