Jom cuba buat gyoza homemade! Dumpling versi Jepun ni memang best. Lembut dan penuh inti. Paling sedap, inti udang ni lah. Jika anda tak suka seafood, boleh je letak aneka inti lain yang anda suka. Jom lihat resipinya.
GYOZA UDANG
BAHAN-BAHAN
- 250gm isi udang | dicincang
- 1 tiub tauhu telur
- 2 sudu makan hirisan daun kucai
- 50gm kubis | dihiris halus
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1/2 biji bawang besar | dicincang halus
- Sedikit pati ikan bilis
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Kulit wantan segera berbentuk bulat secukupnya | boleh didapati di pasaraya
CARA MEMASAK:
- Dalam mangkuk besar, masukkan isi udang, daun kucai, kubis, bawang putih dan bawang besar. Gaul sekata.
- Kemudian masukkan minyak bijan, serbuk pati ikan bilis, tauhu telur, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Gaul hingga semua bahan sekata.
- Ambil kulit wantan dan sudukan inti dengan secukupnya. Kelim dengan kemas.
- Sapukan sedikit minyak pada kuali tahan lekat dan panaskan. Susun gyoza tadi dengan secukupnya.
- Masak hingga bahagian bawah gyoza kelihatan garing. Masukkan 1/2 cawan air ke dalam kuali dan tutup. Biar sehingga air kering.
- Angkat dan nikmati gyoza bersama sos pilihan.
Info chef: Inti gyoza boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.