Tiada apa yang lebih didambakan oleh seorang isteri selain dari melihat suami tercinta ada di depan mata. Berpisah berlainan negara, beribu batu jauhnya dek kerana tuntutan kerja, bukan suatu yang mudah untuk dihadapi.
Titip harian pasti disulami doa lebih-lebih lagi dikala dunia sedang galak diserang wabak Covid-19. Rasa gundah pasti ada…Itulah yang dirasai oleh Puan Yati Rahman, suri hati kepada chef selebriti Malaysia yang tidak asing lagi, Chef Dr Kamarul.
Setelah dua bulan berjauhan dengan suami yang berada di Malaysia kerana tugasan (keadaan ketika itu masih baik dan PKP belum dilaksanakan), perkhabaran indah dimana Chef Kamarul bakal pulang ke pangkuan keluarga di Gold Coust Australia semalam tentunya sangat mengembirakan.
Namun apakan daya, kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan segalanya. Ini kerana setibanya di Lapangan Terbang Melbourne, Chef Kamarul dan semua penumpang yang baru tiba bersamanya terpaksa dikuarantin selama 14 hari.
Sehingga kisah ini ditulis, Alhamdulillah Chef Kamarul telah selamat berada di satu lokasi di bandar Melbourne yang mana beliau akan menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu.
Malah pagi tadi, Chef Kamarul sempat bercerita serba sedikit mengenai keadaan beliau yang sedang dikuarantin. Tidak boleh keluar langsung, makanan disediakan dan dihantar, siap ada pengawal yang berjaga selama 24 jam. Memang ketat.
“Saya balik nanti masakkan Nasi Daging ya”, ini antara permintaan Chef Kamarul pada isterinya bila pulang ke Australia. Walaupun beliau seorang chef hebat dan terkenal, air tangan insan yang dicintai ini tentunya yang paling dirindui.
Bagi Puan Yati, beliau berasa redha dan bersyukur. Walaupun perlu menunggu sedikit masa lagi untuk berjumpa cinta hati, namun sekurangnya chef telah berada di Australia.
Namun sedikit menyedihkan bila beliau sudah pun bersiap-siap untuk memasak menu permintaan suami.
Dah plan nak masak nasi daging sejak tahu awak booking ticket balik. Malam tadi dengan penuh pengharapan dah kluarkan daging nak masak awal so that akan bertolak ke Airport Brisbane pukul 1 sambut awak kat sana jangkanya arrival 2.30. Tapi apakan daya awak dah kena kuarantin kat Melbourne. Kita jumpa awal puasa ya sayang.
Ads
Diharap Chef Kamarul, Puan Yati dan keluarga tabah menghadapi situasi ini. Semoga dua minggu ini memberikan lebih rahmat, kebahagiaan serta ganjaran buat semua. Stay safe & semoag wabak Covid-19 ini dapat diatasi sepenuhnya dengan cepat.
Berakhir sudah TikTok Awards Malaysia 2023 yang julung kali diadakan.Sekalung tahniah buat Khairul Aming dinobatkan Creator of the year.Sosok ini antara satu contoh dari ribuan anak muda berkualiti yang boleh dicontohi.
Bukan sesuatu yang mudah. Lapan tahun perjalanan Aming menggilap nama sebagai pempengaruh penuh onak dan ranjaunya. Namun tiada yang mustahil untuk dikecapi, berkat usaha yang berterusan serta doa.
Khairul Aming merupakan graduan Vanderbilt University, Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta menerima anugerah dekan.
Anak muda yang mahu jadi content creator perlu juga hebat dalam pelajaran.Baru la content yg kita buat lebih ilmiah dan beri manfaat buat masyarakat.
Dalam ucapan, Aming turut berpesan agar anak muda ;
“Adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran walaupun awak nak jadi ‘content creator’.Jadi ‘content creator’ bukan sekadar viral. Untuk kekal relevan dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan.Critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense,”
Semoga ramai lagi content creator sebegini dilahirkan.Kita kena cerdik dalam berkarya. Sampaikan ilmu bermanfaat.Content creator bukan buat konten untuk viral.Jadilah insan kreatif yang dapat berkongsi ilmu dan manfaat buat masyarakat.
Bila bercakap mengenai makanan, pastikan kita akan memilih produk yang terbaik dan bermutu tinggi untuk disajikan buat keluarga tercinta. Tidak kira dari pemilihan bahan-bahan segar hinggalah ke seleksi makanan ringan, semuanya haruslah dari sumber yang dipercayai.
Berita baik buat semua! Inilah masanya untuk anda meneroka pelbagai produk terbaik dari Australia Selatan. Gourmet South Australia membawakan pelbagai produk premium ke Malaysia untuk dicuba dan diteroka menerusi pameran khas di lokasi-lokasi terpilih.
Pameran ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri keenakan serta keunikan produk-produk khas dari Austalia Selatan tanpa perlu terbang jauh ke bumi kanggaru.
Berlangsung dari 23 September hingga 5 Oktober di Isetan KLCC dan Isetan Lot 10, pameran ini juga diadakan di AEON One Utama, AEON Bukit Tinggi dan AEON Queensbay Mall bermula dari 23 September hingga 6 Oktober 2021.
Menerusi pameran ini para pengunjung berpeluang mencuba pelbagai produk Selatan Australia di bawah 14 jenama makanan dan minuman yang sebelum ini belum pernah ada di pasaran tempatan.
Jus buah segar dan jus sayur di bawah label Besa Juice, aneka buah awet dari Peel & Tonic, sos pasta buatan tangan dari Lucia’s Fine Foods, madu asli dari Buzz Honey, tuna dari Dinko Tuna adalah beberapa makanan enak yang menanti pengunjung pameran di Isetan.
Manakala di AEON pula, pengunjung dapat menikmati aneka perisa aiskrim tanpa tenusu dari Gelista, rangkaian oat berkualiti tinggi dari Healthy Garden, tomato dan timun mini premium dari P’Petual, sayuran hijau dari Rainbow Fresh, madu Manuka dan madu asli dari Novafarms, produk badam segar dari Casarosa Almonds, seleksi kerepek jagung dari Nature’s Delight, produk berasaskan kentang yang sihat dari Zerella Fresh, dan juga rangkaian produk berkhasiat dari Healthy Heart’s.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menerokai keenakan makanan dari Australia Selatan. Semuanya adalah antara yang terbaik dan pastinya memberikan kepuasan berganda.
Produk Gourmet South Australia juga boleh didapati secara atas talian menerusi AEON dan juga Isetan.
Mencari tempat makan menarik sambil menikmati permandangan bangunan pencakar langit popular di ibu kota? Tamu Hotel & Suites adalah pilihan tepat buat kamu, keluarga atau rakan-rakan menikmati hidangan lazat dengan harga yang berpatutan.
Tamu Hotel & Suites yang terletak di tengah-tengah kawasan Kampung Baru, antara hotel yang menjadi bualan dan pilihan ramai pengunjung dari Malaysia dan luar negara. Ia juga antara lokasi penginapan bertaraf empat bintang yang terletak di Jalan Abdullah mercu tanda Zikay Group.
Tamu Hotel & Suites menawarkan 276 bilik dan suites dengan pemandangan yang menarik dari pelbagai sudut, di samping wifi percuma sepanjang menginap disana. Selain pilihan bilik yang menarik, tetamu boleh memilih empat tempat makan yang berbeza bergantung pada keselesaan. Lepak santai di Lounge Serambi, inginkan suasana tradisional kasual makan di Tamu Junction Place, jika sukakan tempat terbuka boleh ke Suasana @27 sambil makan di Poolside Terrace dan jika kamu inginkan pengalaman dan suasana romantis Tamu Sky Lounge di aras 40 adalah pilihan yang tepat!
Setiap hidangan di Tamu Hotel & Suites disediakan dengan berhati-hati. Kami mulakan dengan memilih ramuan terbaik dari pasar tempatan. Pasukan kami terdiri dari Chef pakar yang meletakkan perhatian penuh pada setiap hidangan bagi memastikan penyajian yang lazat untuk diingati.- Tamu Hotel & Suites
Hidangan Nasi Dulang Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur
Selain daripada menghidangkan makanan berasaskan “buffet” dan makanan barat, “Hidangan Nasi Dulang” yang berkonsepkan makanan Timur Tengah adalah juadah istimewa yang perlu dicuba dan nikmati hanya di Tamu Sky Lounge di aras 40.
Sajian Nasi Dulang antara hidangan bersaiz besar yang boleh dinikmati dari enam hingga ke 10 orang, mempunyai set makan yang lengkap seperti lamb leg, udang, telur beriani, ayam goreng 69, daging masak hitam, desert, sup, salad dan paling penting nasi yang disediakan menggunakan bahan rempah istimewa yang diolah sendiri oleh Chef Fadly.
Menikmati hidangan yang lazat sambil bergambar, berlatar belakangkan pemandangan cantik bangunan pencakar langit seperti KLCC, Menara KL, Menara Exchange 106 menjadikan hidangan ini berharga RM1600 set dan ianya sangat berbaloi. Rasai sendiri pengalaman menginap dan makan ‘Nasi Dulang’ di Tamu Hotel & Suites di Kuala Lumpur, semestinya buat kamu tak terkata!
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.