Tiada apa yang lebih didambakan oleh seorang isteri selain dari melihat suami tercinta ada di depan mata. Berpisah berlainan negara, beribu batu jauhnya dek kerana tuntutan kerja, bukan suatu yang mudah untuk dihadapi.

Titip harian pasti disulami doa lebih-lebih lagi dikala dunia sedang galak diserang wabak Covid-19. Rasa gundah pasti ada…Itulah yang dirasai oleh Puan Yati Rahman, suri hati kepada chef selebriti Malaysia yang tidak asing lagi, Chef Dr Kamarul.

Setelah dua bulan berjauhan dengan suami yang berada di Malaysia kerana tugasan (keadaan ketika itu masih baik dan PKP belum dilaksanakan), perkhabaran indah dimana Chef Kamarul bakal pulang ke pangkuan keluarga di Gold Coust Australia semalam tentunya sangat mengembirakan.

https://www.instagram.com/p/B-tTJZ0lKVp/

Namun apakan daya, kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan segalanya. Ini kerana setibanya di Lapangan Terbang Melbourne, Chef Kamarul dan semua penumpang yang baru tiba bersamanya terpaksa dikuarantin selama 14 hari.

https://www.instagram.com/p/B-uoUZniw7e/

Sehingga kisah ini ditulis, Alhamdulillah Chef Kamarul telah selamat berada di satu lokasi di bandar Melbourne yang mana beliau akan menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/B-us-CwDpWK/

Malah pagi tadi, Chef Kamarul sempat bercerita serba sedikit mengenai keadaan beliau yang sedang dikuarantin. Tidak boleh keluar langsung, makanan disediakan dan dihantar, siap ada pengawal yang berjaga selama 24 jam. Memang ketat.

https://www.instagram.com/p/B-vdpiUldwR/

NANTI MASAK NASI DAGING YA…

IKLAN

Saya balik nanti masakkan Nasi Daging ya”, ini antara permintaan Chef Kamarul pada isterinya bila pulang ke Australia. Walaupun beliau seorang chef hebat dan terkenal, air tangan insan yang dicintai ini tentunya yang paling dirindui.

Bagi Puan Yati, beliau berasa redha dan bersyukur. Walaupun perlu menunggu sedikit masa lagi untuk berjumpa cinta hati, namun sekurangnya chef telah berada di Australia.

Namun sedikit menyedihkan bila beliau sudah pun bersiap-siap untuk memasak menu permintaan suami.

Dah plan nak masak nasi daging sejak tahu awak booking ticket balik. Malam tadi dengan penuh pengharapan dah kluarkan daging nak masak awal so that akan bertolak ke Airport Brisbane pukul 1 sambut awak kat sana jangkanya arrival 2.30. Tapi apakan daya awak dah kena kuarantin kat Melbourne. Kita jumpa awal puasa ya sayang.

Hajat Nak Balik Makan Nasi Daging Tak Kesampaian. Chef Kamarul Dikuarantin 2 Minggu.

IKLAN

Diharap Chef Kamarul, Puan Yati dan keluarga tabah menghadapi situasi ini. Semoga dua minggu ini memberikan lebih rahmat, kebahagiaan serta ganjaran buat semua. Stay safe & semoag wabak Covid-19 ini dapat diatasi sepenuhnya dengan cepat.

 

Sumber: IG Chef Kamarul & Yati Rahman.

 

Ada yang teringin nak masak NASI DAGING? Resipi dibawah ini boleh dicuba.

Cara Mudah Masak Nasi Daging Sedap Guna Periuk Elektrik.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI