Semut memang suka merayap dan membuat sarang di dalam rumah kita kan.  Walaupun tidak bahaya tetapi kalau dibiarkan berleluasa kemungkinan akan memudaratkan kesihatan kita. Betul tak?

Halau Semut Dengan Hanya Guna Satu Bahan Sahaja Yang Penting Tiada Bahan Kimia

Kalau selalu guna racun serangga pun tidak bagus juga untuk kesihatan kita. Jadi, melalui perkongsian Farah Fara wanita ini berkongsi tip tentang bagaimana nak buat ‘racun semula jadi’ untuk menghalau semut semut ini.

Halau Semut Dengan Hanya Guna Satu Bahan Sahaja Yang Penting Tiada Bahan Kimia

Bahannya mudah sahaja. Senang hendak buat pula. Pendek kata tidak perlukan modal pun.

 

PETUA HALAU SEMUT DI DALAM RUMAH DENGAN SATU BAHAN SAHAJA

Ads

 

BAHAN:

Kulit telur (cuci dan keringkan)

Halau Semut Dengan Hanya Guna Satu Bahan Sahaja Yang Penting Tiada Bahan Kimia

CARA BUAT:

1. Anda cucilah bersih-bersih kulit telur itu. Kemudian keringkan, tidak kisahlah jemur atau apa-apa cara sekali pun asalkan kulit telur kering.

2. Selepas itu anda hancurkan kulit telur itu sampai jadi serbuk atau cebisan kecil-kecil. Anda boleh pilih hendak guna lesung batu ke pengisar ke janji kulit telur itu hancur.

3. Kemudian bakar atau goreng tanpa minyak serbuk kulit telur itu sampailah ia garing. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

Halau Semut Dengan Hanya Guna Satu Bahan Sahaja Yang Penting Tiada Bahan Kimia

4.  Selepas itu anda bolehlah ambil serbuk kulit telur itu dan taburlah di kawasan laluan semut itu atau di kawasan semut selalu ‘lepak.’

5. Kalau ada lebihan serbuk kulit telur itu jangan pula dibuang. Simpan dalam bekas, nanti boleh ulang guna. Tidaklah membazir.

6. Dalam dua tiga hari kalau nampak serbuk kulit telur yang kita tabur sebelum ini sudah berkurang, bolehlah tabur sekali lagi.

Menurut pengamal petua ini iaitu Farah Fara, dia sudah lama mempraktikkan petua ini. Nampaknya berhasil setakat ini. Biasanya wanita ini meletakkan serpihan kulit telur ini di dalam laci kabinet dan di tepi dinding.

Ads

Jimat, mudah dan In Sha Alllah berkesan. Selamat mencuba.

 

Sumber kredit: Farah Fara

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Daging Malbari Sukatan 1 Kg, Daging Lembut & Sedap Dalam Setiap Suapan

Ads

Sedap & Mudah. Resipi Ikan Bakar Asam Jawa Ni Memang Kena Cuba!

Resipi Dessert Ala Korea, Omlet Bbang @ Korean Dessert Sandwich

Kuah Kacang Tanpa Belacan & Santan, Boleh Cuba Buat Nanti

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI