Kecantikan

Hampas Kelapa Jangan Buang, Boleh Buat Skrub Untuk Haluskan Kulit Pula

Share

Hampas kelapa yang selalu kita buang selama ini rupanya masih berguna. Jika santan yang diperah digunakan untuk masakan, hampasnya pula boleh dimanfaatkan untuk kecantikan kulit.

Hampas ini boleh kita gunakan untuk buat skrub berkesan untuk membersihkan dan menghaluskan kulit. Jadi tak perlulah kita beli produk skrub lain, lebih jimat dan yang penting ianya semula jadi tidak menggunakan bahan kimia. Cara mengolah hampas kelapa menjadi skrub ini dikongsi oleh Sarifa Redzuan.

Buat skrub dari hampas kelapa

Petua gunakan hampas kelapa ini memang diakui keberkesanannya. Di atas keberkesanan itulah, kebanyakan kosmetik sekarang menggunakan kelapa dalam produk mereka.

Salah satu yang boleh dihasilkan menggunakan hampas kelapa adalah skrub. Ia boleh digunakan sebagai skrub untuk muka dan seluruh badan.

1. Sediakan 7 besar hampas kelapa bersama bahan berikut;
-Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
-2 sudu besar gula biasa atau gula perang
-1 sudu besar garam halus
-2 sudu tepung beras

2. Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering. Skrub dah siap!

3. Cara penggunaan;

  • Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan.
  • Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.

  • Amalkan seminggu 2-3 kali.
  • Lebihan skrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air. In Sha Allah. Akan kulit akan nampak perubahan ketara.

Banyak manfaat skrub kelapa ini , antaranya;
-Haluskan kulit
-Lembap kan kulit
-Tanggalkan kulit mati
-Redakan masalah ke gatalan kulit

Semoga bermanfaat.

Sumber: Sarifa Redzuan

 

Published by
Rose