Kalau anda seorang yang baru ingin membuat kek coklat, jom cuba buat kek coklat kukus ini. Hanya lima langkah sahaja. Mudah betul untuk membuatnya.
Jom kita lihat resipi dan cara membuat kek coklat kukus ini.
KEK COKLAT KUKUS 5 LANGKAH
BAHAN A
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik (diayak)
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanila
Ads
BAHAN B
1 cawan air panas
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan semua BAHAN A. Kacau sebati.
2. Masukkan BAHAN B. Kacau lagi.
3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit marjerin, mentega atau minyak masak.
4. Panaskan kukusan. Kukus selama 45 minit dengan api besar. Siap.
Kecoh pakat duk cuba buat Biskut Susu Alien. Macam-macam rupa ada. Ada yang leper, ada yang senget macam naik roller coaster, macam-macam rupa! Ni ada resipi baru yang boleh dicuba. Biksut Meringue Cute. Comel! Guna dua bahan je. Anak-anak pasti suka. Sesuai juga dijadikan buah tangan untuk majlis-majlis istimewa.
BISKUT MERINGUE CUTE
BAHAN-BAHAN:
100gm telur putih
200gm gula kastor
Pewarna pilihan (jika suka)
CARA MEMASAK:
Satukan putih telur dan gula dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kental. ( bila terbalikkan bekas, adunan tak jatuh.) Jika suka, boleh titiskan sedikit pewarna pilihan. Kaup balik hingga rata. Jika tidak suka, boleh sahaja kekalkan dengan warna asal.
Masukkan adunan meringue ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper. Bentuk biskut ikut kreativiti anda.
Bakar pada suhu 100C selam 60 minit.
Setelah siap, boleh lukiskan mata dan mulut pada biskut menggunakan edible pen.
Rumah terbuka bersempena Syawal masih berlangsung. Nak hidang kek kepada tetamu? Nak buat kek tak perlu fikir kek yang susah-susah. Cuba buat dulu kek yang mudah tapi sedap. Jom kita cuba buat kek pandan ni dulu. Nanti kalau dah pandai, boleh try buat kek yang lebih rumit dan perlukan kemahiran lebih tinggi. Joms!
KEK PANDAN
BAHAN KISAR
• 4 biji telur
• 1/2 cawan gula
• 1/2 cawan susu pekat
• 1 sudu kecil ovalette
• Secubit garam
• 1 sudu kecil esen vanila
• 2-3 titik esen pandan
• 1 sudu kecil pewarna hijau
BAHAN LAIN
• 2 cawan tepung naik sendiri
• 1/2 cawan serbuk santan
• 1/2 cawan minyak jagung
CARA MEMBUAT
1. Kisarkan Bahan Kisar sehingga kembang dan tuang dalam bekas.
2. Masukkan tepung naik sendiri dan santan serbuk. Kacau sebati.
3. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Kacau sekejap.
4. Bakar pada suhu 160°C api atas bawah lebih kurang 50 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Kek Pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Bolehlah cuba untuk hidangan tetamu raya ni.
KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bikarbonat*
Secubit garam*
Sedikit esen vanila
2 biji telur grade A
1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
CARA MEMASAK:
Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
Ayak bahan-bahan bertanda * dan satukan dalam satu mangkuk.
Pukul telur sampai berbuih.
Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata.
Masukkan esen vanila.
Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (saya guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30min atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.