Hanya 7 Bahan Mudah Macaroni Cheese Untuk Tetamu Yang Nak Datang Beraya!

Share

Anak-anak pasti menggemari resepi macaroni  yang sangat mudah dan tidak pedas. Sedap makan masih hangat dengan rasa berlemak sus segar dan keju.

MACARONI CHEESE

BAHAN-BAHAN:

  • 3 Cawan macaroni
  • 3 Cawan susu segar
  • 6 keping Cheesedale
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Brocolli
  • Cendawan
  • Lada hitam

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus macaroni dan toskan airnya.
  2. Dalam pan atau periuk masukkan macaroni tadi atas api sederhana dan tuangkan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk.
  3. Letakkan kepingan cheese dan susu pekat manis di atas macaroni tersebut.
  4. Bila cair gaul kesemuanya. Masukan brocolli dan cendawan potong yang telah di rebus.
  5. Boleh letak sedikit garam, bergantung pada citarasa masing-masing. Tambah sikit lada hitam

 

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Irmaz Zamri

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

Published by
Mastura Abu Kassim