Hanya 7 Minit Masak Nasi Lemak Penuh Rasa Dengan Menggunakan Pressure Cooker

Share

Senang masak nasi lemak guna pressure cooker untuk dapat tekstur nasi yang cantik.

NASI LEMAK

BAHAN-BAHAN:

  • 7 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 30minit dan toskan )
  • 9 cawan santan kotak (6 santan & 3 air )
  • 6 ulas bawang merah – hiris nipis
  • 1 inci halia – hiris nipis
  • 3 batang serai – diketuk
  • 3 helai daun pandan
  • 2 1/2 sudu makan garam
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit halba

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk.
  2. Kacau sebati dan tetapkan masa selama 7 minit.

KREDIT: LinaZubir Linawati Latip

 

 

Published by
Zera Naim