Hanya Guna 3 Bahan, Mudah Betul Nak Buat Cheesecake Gebu & Moist

Share

Bila tengok cheesecake di kedai, sangatlah gebu dan lembut ye. Makan pun rasa sejuk-sejuk dan moist je.

Rupanya mudah je nak buat cheesecake ni. Hanya guna 3 bahan je iaitu cream cheese, susu pekat manis dan telur.

Resipi cheesecake yang dikongsikan Nurul Ain Ridzwan ini sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak buat kek.

 

CHEESECAKE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

120gm tatura cream cheese
120gm susu pekat manis – beli online di sini
3 biji telur gred B
Parutan cheddar cheese | jika suka

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.


2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).
3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.
4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunan menggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).


7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).


8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia sudah masak.


9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.
10. Keluarkan dari ketuhar dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.

INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

Kredit: Nurul Ain Ridzwan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff