Hanya Guna Sukatan Cawan, Ini Cara Mudah Nak Buat Kuih Kaswi

Share

Salah satu kuih yang menjadi kegemaran ramai adalah kuih kaswi. Selain dijadikan sarapan pagi, kuih ini juga sering dijadikan hidangan minum petang. Bertambah enak bila dimakan bersama kelapa parut, gabungan rasa manis masin yang cukup menyelerakan. Namun, jika tersalah cara membuatnya, kuih kaswi akan menjadi keras, berketul dan tidak terbentuk cantik. Untuk elak perkara ini terjadi, kami kongsikan resipi kuih kaswi oleh NorDiana Mat Desa. Selamat mencuba!

KUIH KASWI @ KOSUI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1/2 cawan tepung ubi *
  • 1 sudu air kapur * (secubit kapur atau sesudu air kapur yang siap dibancuh)
  • 1 cawan gula merah
  • 3/4 cawan gula
  • 5 cawan air
  • Kelapa parut putih sahaja + garam (kukus sebentar supaya tahan lama)

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air. Masak di atas api sebentar untuk menghancurkan gula. Letak sehelai daun pandan untuk aroma. Bila sudah larut, biarkan sejuk seketika.

2. Campurkan bahan bertanda * bersama 3 cawan air. Kemudian, masukkan air gula tadi dan tapis.

3. Guna loyang bersaiz 8×8 dan kukus selama 30 hingga 40 minit.

4. Bila dah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum memotong. Kemudian gaul dengan kelapa parut.

 

TIP: Jika nak potongan kuih cantik, tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk. Potong dengan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak.

 

Kredit resipi & foto: NorDiana Mat Desa

 

Anda mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma