Cuaca Malaysia yang sentiasa berubah panas dan lembap adalah salah satu faktor untuk mudah diserang batuk. Terutama sekali bila tiba musim perayaan, kita akan makan pelbagai makanan yang boleh menjadi pencetus batuk. Selain ubat batuk yang boleh didapati di klinik atau farmasi, kita boleh menggunakan cara semulajadi.
Menerusi perkongsian Puan Iza Haliza Mohd Zain, memberi petua mudah untuk menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan madu dan bawang putih. Antara yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN
- 1 botol kecil madu
- 3 ulas bawang putih
CARA-CARA
- Bawang putih dicincang halus.
- Campurkan madu dengan bawang putih. Biarkan selama 3 jam.
- Cadangan pengambilan, setiap jam minum satu sudu makan.
Kredit resipi dan gambar: Iza Haliza Mohd Zaid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ouch, Luka Terkena Pisau, Ambil 6 Bahan Dari Dapur Untuk Rawatnya.
Terhiris pisau semasa memotong atau menghiris ketika memasak memang lumrah kan. Rasa nyilu dan pedih tu pasti membuat kerja memasak tidak selesa. Kadang-kadang walaupun dah disapu ubat bekas yang tinggal susah nak hilang di kulit.
Sebenarnya luka boleh dirawat menggunakan bahan-bahan semulajadi . 5 bahan ini kecuali lidah buaya adalah ramuan dalam masakan yang boleh dijadikan ubat merawat luka. Jom semak…
- Madu
Bahan alami yang banyak manfaatnya untuk kesihatan. Madu juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka terkena pisau. Sapukan di kawasan jari atau tangan yang terdapat luka. Kemudian biarkan selama 12 jam hingga madu betul-betul kering dan terasa meresap di kulit.
Selepas itu baru dibersihkan dengan air yang mengalir. Teruskan menggunakannya walau luka sudah kering kerana ia berupaya memudarkan bekas luka itu.
- Serbuk Kopi
Serbuk kopi yang dicampur dengan air biasa dan dikacau menjadi pes boleh disapu ke atas luka. Biarkan hingga kopi mengering, kemudian bilas dengan air bersih. Anda boleh juga menaburkan serbuk kopi tanpa dicampur air. Serbuk kopi dipercayai dapat menghentikan pendarahan kecil akibat terhiris pisau.
- Lidah Buaya @ Aloe Vera
Anda ada menanam lidah buaya di halaman rumah? Tanaman ini banyak khasiat perubatannya. Ia boleh menyembuhkan luka akibat terhiris pisau dan yang lebih hebat lagi ia boleh merawat jika anda terkena percikan minyak goreng yang panas.
Caranya belah lidah buaya lalu ambil isinya dan bersihkan hingga getah berlendirnya hilang. Sapukan lidah buaya tersebut ke bahagian luka. Gunakan secara teratur hingga luka mongering dan beransur menghilangkan parut yang ditinggalkan,
- Halia
*
Halia merah atau putih keduanya dapat menyembuhkan luka ringan. Ambil halia sebesar ibu jari lalu parut menjadi halus. Balutkan ke bahagian jari atau tangan yang luka. Tunggu hingga mongering, dan bilas hingga bersih. Anda boleh membalutnya dengan kain kasa untuk mengelakkan halia tertanggal.
- Teh Hijau
Teh yang biasa dikaitkan dapat membantu menurunkan berat badan, nyata dapat dimanfaatkan untuk menyembuhkan dan menghilangkan bekas luka.
Cara menggunakannya adalah ambil kapas dan kemudian celupkan ke dalam teh hijau yang sudah diparut terlebih dahulu. Sapukan luka dengan kapas itu rata-rata sambal ditekan perlahan.
- Bawang putih
Kandungan antioksidan yang terdapat dalam bawang putih berperanan menyembuhkan luka kecil akibat pisau. Untuk mendapatkan manfaat anti oksidannya, bawang putih harus terlebih dahulu dicincang halus atau ditumbuh. Boleh juga membelah dua bawang putih . Lalu sapukan di atas luka ringan tadi.
Perlu diingat daripada bahan-bahan tadi ada yang mungkin menimbulkan rasa pedih sedikit ketika digunakan. Kenalah bertahan sedikit kalau mahu sembuh dengan baik. Yang penting korang kenalah berhati- hatilah bila memasak ya. Selamat memasak.
Pisang…Banyak Betul Khasiatnya. Kekal Sihat Dan Ceria.
Min percaya lepas baca catatan nih, mesti anda akan lebih menghargai buah ini. Buah pisang tidak bermusim dan sentiasa ada sepanjang masa ini boleh menyihatkan tubuh dan membuatkan anda lebih semangat menjalankan rutin dan tugas seharian.
1. Kaya vitamin dan serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A berbanding buah epal. Pisang juga kaya dengan potassium dengan kadari potassium mencapai 400mg di dalam pisang bersaiz sederhana Jadi pisang elok dimakan untuk menjaga kesihatan jantung.
2.Memberi tenaga
Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi, sukrosa, fruktosa dan glukosa dan digabung dengan serat. Dipercayai bahwa dengan hanya dua biji pisang akan memberikan tenaga yang cukup untuk sebuah latihan berat selama 90 minit.
Tidak hairanlah mengapa pisang adalah buah pilihan bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Pisang dapat membantu kita agar tetap fit.
3. Meredakan kemurungan.
Penderita kemurungan dipercayai akan merasa merasa lebih baik setelah makan pisang. Ini kerana pisang mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan ditukarh oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relaks, dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih tenang.
4. Meningkat kemampuan otak
Kajian mendapati buah pisang kaya dengan kandungan kalium dapat membantu pelajar dan pekerja menjadi lebih peka dan cerdas dalam berfikir.
5. Sembelit
Pisang mengandung zat serat atau fiber dalam kadar yang tinggi, Pisang dapat juga membantu menormalkan kembali sistem penghadaman anda, Pisang akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan tanpa pengambilan laksaktif.
6. Gigitan Nyamuk
Sebelum anda mencari krim anti nyamuk, cuba dulu gosok tempat yang terkena gigitan nyamuk dengan bahagian dalam kulit pisang. Ia mampu mengurangkan bengkak dan rasa gatal.
7. Menenangkan Saraf
Pisang mengandung Vitamin B dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf.
8. Mengawal Obesiti
Kajian Institut Psikologi di Austria menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering makan kudapan seperti coklat dan makanan ringan. Setelah meneliti 5.000 pesakit di rumah sakit, saintis mendapati bahwa kebanyakan orang yang menderita kegemukan sering berada dalam tekanan kerja yang tinggi.
Laporan ini merumuskan untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan dorongan nafsu makan yang tinggi kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat seperti pisang setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.
9. Mengurangkan Risiko Strok
Menurut kajian di The New England Journal of Medicine, makan pisang sebagai sebagagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%
10. Menghilangkan Kutil
Menurut perubatan tradisional pisang boleh menghilangkan atau mengecilkan kutil. Jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong pisang dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar . Tampal dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tengahari, setelah beberapa hari pasti ada kesannya.
* Hah, jangan menyimpan pisang dalam peti sejuk ya, kerana struktur buah pisang akan berubah bila dibekukan, ia akan menghilangkan manfaat yang terkandung dalam pisang.
Kunyit, Halia, Lengkuas dan Serai Cepat Kering? Cuba Ikut Petua Ni. Sebulan Simpan Pun Masih Segar.
Bahan-bahan memasak seperti lengkuas, kunyit, halia dan serai sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
BAHAN-BAHAN:
- Serai
- Lengkuas
- Kunyit
- Halia
- Bekas berpenutup
- Air bersih
CARA-CARA:
1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Kredit gambar & petua: Myra AR via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)