Menu roti adalah yang paling mudah untuk disediakan. Hanya perlukan yis yang aktif dan bahan-bahan lain pun mudah didapati.
Menerusi perkongsian daripada Arm Ika, cara buat resipi roti manis ini mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
RESIPI ROTI MANIS YANG MUDAH
BAHAN A:
Ads
1 paket yis – beli online di sini 1 sudu besar gula 3 sudu besar susu pekat – beli online di sini 1 cawan air suam panas (larutkan bahan di atas dan biar yis berbuih 10 minit)
1. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. 2. Uli semua bahan hingga sebati dan tak melekat di tangan. Lagi lama lagi lembut roti nanti (paling sekejap seeloknya 30 minit). 3. Kemudian perap 30 minit hingga doh naik. Setelah doh naik, tumbuk-tumbuk buang angin dan boleh bentukkan.
4. Siap bentukkan, biar sekejap supaya doh kembang sedikit dan boleh bakar suhu 170°C selama 25-30minit (ikut suhu ketuhar masing-masing). 5. Sebelum bakar, boleh renjis sedikit air atau kuning telur di atas permukaan roti. 6. Selepas roti dah masak, terus sapukan marjerin di atas roti supaya roti nampak berkilat cantik.
*Untuk bahagian topping, terpulang nak letak apa-apa pun boleh. Kalau nak topping manis, boleh campurkan mayonis+susu pekat dan paipkan atas roti dan tabur sedikit gula pasir.
Info tambahan: Untuk memudahkan uli, boleh masukkan doh ke dalam beg plastik bersih dan uli tepung yang dalam plastik, lagi mudah dan cepat.
Biasanya daging akan dimasak rendang pada hari raya. Kali ini apa kata kita buat daging masak merah. Selain dimakan dengan nasi, boleh juga dimakan dengan ketupat dan nasi himpit.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN
• Daging
• Minyak masak untuk menumis
• Bawang putih ketuk
• Cili kisar
• Sos tiram
• Cili sos
• Tomato sos
• Sos ikan
• Bawang holand
• Cili padi
• Cili merah hiris
• Daun sup
CARA PENYEDIAAN DAGING
1. Daging direbus lembut. Masukkan sedikit pewarna merah.
2. Sejukkan daging dan hiris nipis. Daging disejukkan dahulu supaya senang dipotong dan tak pecah-pecah.
3. Goreng separuh masak.
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih sampai naik bau.
2. Masuk cili kisar dan tumis sampai garing.
3. Masuk sos tiram, cili sos, tomato sos dan renjis sikit sos ikan.
4. Masukkan bawang holand, cili padi, cili merah dan daun sup. Masukkan air sikit. Kalau mahu berkuah, lebihkan air sedikit.
5. Masukkan daging dan kacau sebati.
6. Masuk garam, gula dan perasa sikit. Seimbangkan rasa masin manis. Sedia dihidang.
Korang dah pernah rasa kek viral ni ? Kek ni memang super yummy mana tidaknya dengan topping keju yang mewah diganding pula dengan coklat memang tak boleh bawa bincang. Nikmatnya buat tak keruan. Kek coklat ini dahlah lembap, gebu dan cair di mulut. Raya Haji pun dah tak lama lagi , boleh hidangkan bila saudara mara berkumpul nanti.
Tornado Chocolate Cheese Cake Bahan-bahan: (A) Kek Coklat 1 cawan susu pekat* 1 cawan susu cair* 1 cawan butter cair / minyak jagung* 1 cawan cocoa powder* 1 cawan gula* 1/2 sudu teh garam* 4 biji telur saiz sederhana 1 cawan tepung gandum 1 sudu teh rata serbuk penaik 1 sudu teh rata soda bikabornat 1 sudu teh esen vanilla
Cara memasak: 1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) dalam periuk, kacau sebati. 2. Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih) 3. Tutup api, rehatkan sebentar. 4. Dalam bekas yang lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran tadi, kacau sebati. 4. Ayak tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat ke dalam campuran tadi, kacau sebati. 5. Tuang ke dalam loyang bersaiz lebar (sebab nak kek tu nipis), alas dengan baking paper. 6. Bakar pada suhu 180’C selama 23-30 minit (hingga masak) atau boleh juga dikukus .
Cara membuat: 1.Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang 2.Masukkan whipping cream 3.Pukul hingga gebu.
(C) Chocolate ganache 250 gram Beryls dark choc 250ml Dairy Awhipping cream 2 sudu besar mentega
Cara membuat: 1.Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih) 2.Tuang pada choc, biar sebentar dan kacau rata.
Cara susun: 1.Susun lapisan kek coklat pada lapisan pertama kemudian cream cheese pada lapisan kedua dan seterusnya kek coklat pada lapisan ketiga . 2.Pada lapisan paling atas ratakan chocolate ganache sehingga mentupi kesemua bahagian kek dan cheese. 3.Akhir sekali, tabur choc flakes/choc nibs/choc rice (ikut suka). 4.Sejukkan.
Kredit: sarina seman
Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.
Menu viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai, namun menu kampung yang menjadi warisan tetap menjadi pilihan ramai. Kadang-kadang bila teringin makan masakan kampung automatik teringatkan masakan mak kat kampung. Hari ni RASA kongsikan 10 menu kampung untuk mengembalikan ingatan korang pada ibu di kampung. Keikhlasan dan kasih ibu menjadikan air tangannya sentiasa sedap pada selera anak-anak, walaupun hanya sambal ikan masin. Betul tak?
KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
500ml air rebusan tulang
250ml santan
1/2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan sebuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
6 ulas buah pelaga
5 biji bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulsa bawang putih
4cm halia muda
3 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
KKERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan
2 batang kacang panjang | hiris halus
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
10 biji cili padi hijau | hiris halus
2 biji cili merah hiris
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.
KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos
15 biji cili padi | hriis
15 biji cili merah | hiris
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan tauchu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.
Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.
Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata hingga air kupang kering.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.
GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
2 biji terung bulat | belah empat
500ml santan kelapa
2 keping asam gelugor
2 sudu makan rempah kari ikan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS DARAT:
4 biji bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 sudu makan rempah campur
1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
RENDANG KERING PARU
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus hingga empuk & hiris nipis
500ml santan
2 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugor
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukupnya
1 helai daun kunyit | carik-carik
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia
3 batang serai
3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan paru, kacau rata dan masukkan santan dan asam gelugor.
Biarkan mereneh atas api sederhana, sekali sekala kacau.
Apabila kuah mula pekat masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga rendang paru kering.
Setelah kering tutup api, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
Rendang kering paru sedia dihidangkan.
RENDANG KERANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
3 kg kerang | cuci bersih dan kopek isinya
500ml santan
3 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | mayang halus
3 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
4 cm kunyit hidup
6 ulas bawang merah
2cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, renehkan di atas api.
Setelah mendidih masukkan serai titik dan asam jawa. Terus kacau hingga kuah pekat.
Masukkan kerisik, kacau lagi, kemudian masukkan kerang yang telah dikopek tadi,
Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, taburkan daun kunyit dalam rendang, gaul rata dan tutup api.
Rendang sedia dihidangkan.
SAMBAL MERAH SOTONG SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz XL | buang kulit ari dan buang dakwah hitamnya.
1/2 cawan santan
Garam & gula secukup rasa
1 sudu makan jus limau nipis
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN SUMBAT SOTONG
2 keping tauhu | hancurkan
1 biji telur
Secubit garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
4 biji cili merah
2 sudu makan pes cili kering
CARA MEMASAK:
Semua bahan sumbat, digaul rata, kemudian sumbatkan dalam badan sotong hingga 3/4 badan sotong.
Masukkan semula kepala, kemudian kemaskan dengan lidi pencuck.
Kemudian kukus lebih kurang lima minit.
Seterusnya, sediakan bahan sambal. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar.
Apabila tumisan pecah minyak masukkan santan, biarkan mereneh seketika.
Masukkan sotong yang telah dikukus. Gaul rataa.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api bila kuah pekat dan timbul minyak.
Sambal sotong sedia dihidangkan.
PUCUK PAKU TUMIS CILI DENGAN DAGING
BAHAN-BAHAN:
Secekak besar pucuk paku | ambil pucuk dan daun & pucuk muda sahaja
100gm hirisan daging
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
4 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan pucuk paku yang telah dicuci bersih.
Kacau rata hingga pucuk paku layu.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan air asam jawa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan pucuk paku sedia dihidangkan.
IKAN MASIN ANAK TAMBAN GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan masin anak tamban | basuh dan tos
2 biji cili merah | hiris
2 biji cili hijau | hiris
5 biji cili padi | hiris
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih cincang.
Setelah wangi masukkan semua hirisan cili.
Kacau rata dan masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kacau rata.
Tutup api, ikan masin sedia dihidangkan.
LOKAN MASAK LEMAK CILI PADI DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
1 kg lokan | cuci bersih dan toskan
Secekak daun pegaga | ambil daun sahaja
1 batang serai | titik
500 ml santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 hirisan halia
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, asam gelugor dan serai titik.
Renehkan di atas dapur menggunakan api sederhana.
Setelah mendidih, masukkan lokan dan daun pegaga.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.