Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri.
Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.
RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada:
rasuahbusters@gmail.com atau
(WA) : 019-3823635, 019-6680920
Bergabung sebagai #RasuahBusters di: https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:
Portal: www.rasuahbusters.com
Facebook: Rasuah Busters
Instagram: rasuahbusters
Twitter: rasuahbusters
Usaha kecil menjadi besar. Ingat, kita #JanganAmbil dan #JanganBeri. Kitalah generasi bermaruah.
Website rasmi RasuahBusters di www.rasuahbusters.com
Orang ramai boleh sertai RasuahBusters menerusi platform khas yang disediakan
#RasuahBusters
#JanganAmbil
#JanganBeri
#Ideaktiv
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kolej Komuniti Chenderoh, Perak. Latih Pelajar Jadi Profesional Kemahiran
Maklumat Institusi :
Nama Institusi : Kolej Komuniti Chenderoh Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia
Alamat : Lot 41 Jln Industri Miel 2, Kawasan Perindustrian IKS, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Maklumat lanjut :http://kkchenderoh.jppk.edu.my
Jom adik-adik ambil tahu kelebihan Kolej komuniti Chenderoh Perak ( KKCP), salah satu dari Institusi Pendidikan Awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan tinggi. ( sebelum ini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia @ Kementerian Pendidikan Malaysia).
KKCP atau kolej Komuniti Chenderoh Perak ditubuhkan pada 2003 untuk melatih pelajar menjadi seorang profesional dalam bidang kemahiran khasnya dan menjadi peneraju TVET terunggul di Malaysia. Di dalam Program Kulinari, KKCP mempunyai pensyarah yang mahir dan berkelayakan dari segi akademik dan kemahiran.
KKCP dilengkapi dengan kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe, surau, bilik kuliah, dewan besar dan Pusat Sumber. FIM juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di dipelbagai rangkaian hotel dan resort terkemuka diseluruh negara.
KKCP mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2003 dan mula beroperasi pada tahun yang sama. Sejak itu kkcp telah menghasilkan lebih dari 2,351 graduan sejak ditubuhkan.
Di sini turut menawarkan kursus Diploma In Culinary Arts dan Sijil Kulinari di samping beberapa kursus kemahiran yang lain.Semua kursus di KKCP telah mendapat akreditasi penuh MQA. Kelebihan pada pelajar yang menuntut di sini adalah keutamaan diberikan kepada pelajar dan peluang dan masa hadapan mereka juga cukup cerah selepas tamat pengajian .
Pelajar berpeluang menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik, memberikan peluang kepada graduan mendapat pekerjaan menjamin masa hadapan dan relevan dalam industri.
Dengan adanya Kolej Komuniti, ia juga membantu memastikan setiap pelajar tidak kira latar belakang dapat menyambung pengajian dengan memfokuskan kepada kemahiran dan memastikan semua pelajar dapat menguasai bidang yang di ceburi sesuai dengan Revolusi industri 4.0 yang di war-warkan oleh kerajaan.
Pencapaian pelajar dan pensyarah Program Kulinari KKCP juga berada di tahap yang amat membanggakan, selain daripada mendapat pembelajaran secara teori dan amali di kolej, pelajar juga didedahkan dengan menyertai pelbagai pertandingan di dalam dan luar negara . Pelbagai kejayaan yang telah di kecapi oleh Program kulinari KKCP pada tahun ini.
Di antaranya Kolej Komuniti Chenderoh Perak telah melakar sejarah tersendiri dan mencatat kejayaan gemilang di luar negara pada tahun lepas iaitu di Seoul Food Hotel Culinary Competition 2019 dengan mendapat 3 anugerah utama .Ia juga mendapat anugerah Special Judge Award
Juara “International Team Award” dan tepat ketiga untuk anugerah’Chinese Stir Fry Award’ dan juga mendapat empat perak, empat gangsa dan enam diploma dalam pertandingan peringkat antarabangsa di Seoul, Korea ini. KKCP juga turut melakarkan kemenangan di pertandingan kulinari peringkat kebangsaan sepanjang tahun 2019.
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI BARANG RUNCIT,BOLEH LAYARINYA DI SINI.
VIDEO MASAKAN INI JUGA CUKUP MENARIK :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
5 Sajian Daging Kambing Dari 3 Benua, Sedap & Sihat Makanan Sunnah Ini.
Nasi Daging Air Asam Morocco ,Sajian Raya Istimewa Dari Chef Liza Zainol.
Fonterra Raikan Ramadan Dengan Edar Pek Iftar Penuh Kebaikan Tenusu Kepada Golongan Yang Memerlukan.
Sempena meraikan bulan Ramadan dan Hari Susu Sedunia pada 1 Jun, Fonterra Brands Malaysia melaksanakan tradisi tahunannya untuk berkongsi kebaikan tenusu dengan komuniti setempat dan golongan yang memerlukan di Masjid Seksyen 7, Shah Alam pada 15 Mei yang lalu.
Syarikat pemakanan tenusu dari New Zealand mengedarkan lebih dari 500 bungkus bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf UHT dan pek Iftar produk tenusu kepada orang ramai, serta penduduk flat PKNS sekitarnya. Pek Iftar termasuk Fernleaf CalciYum, susu tepung Keluarga Fernleaf, susu Fernleaf UHT dan Anlene Café Latte.
Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Saintifik dan Hal Ehwal Pematuhan Fonterra Brands Malaysia berkata, pihak syarikat sangat berbangga untuk memberi produk tenusu terbaik dari New Zealand untuk menyokong kesihatan dan nutrisi rakyat Malaysia pada bulan Ramadan yang diberkati.
“Di Fonterra kami bermatlamat untuk menambah nilai kehidupan rakyat Malaysia dan masyarakat di tempat-tempat operasi kami. Kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan Ramadan dengan berkongsi khasiat tenusu bersama penduduk setempat dan masyarakat yang memerlukan di kawasan sekitar Masjid Seksyen 7, termasuk golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal dan asnaf,” kata Puan Megawati.
Puan Megawati juga menekankan kepentingan mengamalkan diet yang seimbang dan sihat, terutamanya ketika berpuasa apabila nutrien utama mungkin hilang, dan sebahagian daripadanya termasuk tenusu.
“Sebagai contoh, susu merupakan salah satu makanan yang paling bernutrisi lengkap dan mengandungi nutrien penting yang boleh membuat seseorang bertenaga sepanjang hari, dan yang lebih penting, menambahkan nutrien dan cecair yang hilang semasa berpuasa,” kata Puan Megawati.
Ujar Ustaz Burhanuddin Ahmad, pengurus Masjid Seksyen 7, “Ramadan ialah bulan istimewa untuk memberi – ia mengingatkan kita untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang kurang bernasib baik. Kami berterima kasih kepada Fonterra yang turut ada bersama kami hari ini untuk membantu memberi makan kepada keluarga dan anak-anak yang memerlukan dengan bubur lambuk dan produk tenusu lain yang berkhasiat.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan, Fonterra juga menganjurkan sesi Tadarus Al-Quran dan Iftar bersama pekerjanya sempena Nuzul Al-Quran yang jatuh pada bulan Ramadan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Fonterra Brands Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai masjid dan komuniti tempatan untuk meraikan Ramadan, dengan mengedarkan bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf dan pek berbuka puasa yang dimuatkan dengan produk tenusu untuk menyokong gaya hidup sihat ketika berpuasa.
Semua produk Fonterra Brands Malaysia adalah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan mematuhi sistem jaminan Halal yang ketat dan proses keselamatan dan kualiti makanan dari rumput ke gelas (from grass to glass), dari ladang-ladang di New Zealand hingga produk akhir yang sampai kepada pengguna.
Makin Mudah Nikmati Laksa, MAGGI Perkenal Produk Baharu Penuhi Citarasa Rakyat Malaysia
Laksa merupakan sajian warisan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. mempunyai aroma aroma nostalgia dengan rasa dan tekstur yang kaya, Laksa menjadi ikon tradisi masakan di Malaysia.
Untuk meneruskan rasa cinta dan teruja rakyat Malaysia terhadap Laksa, MAGGI® memberi penghormatan kepada warisan hidangan klasik Malaysia ini kerana ia memperkenalkan MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan yang serba baharu dengan rasa asli dan aroma yang tersendiri.
Pada acara pelancaran yang dipentaskan di rumah agam bertema vintaj, The Agam di Kuala Lumpur, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata “Sebagai jenama yang mempunyai sejarah lebih 50 tahun dan ruang yang bermakna di hati Rakyat Malaysia, MAGGI® terus berbangga meraikan warisan kami dalam semua tawaran kami. Hari ini, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan Laksa Malaysia yang meriah sambil mempersembahkan inovasi produk terbaharu kami yang memberi penghormatan kepada warisan masakan negara kita yang pelbagai dan tersendiri: MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan serba baharu kami.”
Hadir pada majlis pelancaran itu ialah dua personaliti makanan terkenal Malaysia – Chef Selebriti, Anis Nabilah dan Profesor Dr. Shahrim Karim, Profesor Makanan dan Budaya Warisan Malaysia di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) – yang mempamerkan seni kulinari dan kepakaran mereka dalam menyediakan hidangan Laksa yang lazat sambil berkongsi sejarah dan evolusinya yang kaya.
Menelusuri asal usulnya, Laksa ialah hidangan yang berakar umbi dalam komuniti Peranakan, diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara. Profesor Dr. Shahrim Karim berkongsi bahawa Laksa benar-benar hidangan ikonik Malaysia yang melangkaui budaya dan wilayah – berkembang menjadi pelbagai variasi yang kita ketahui dan nikmati hari ini – daripada Laksa Kari yang paling biasa kepada tawaran yang lebih inovatif seperti Assam Laksa, Sarawak Laksa, Nyonya Laksa and the Johor Laksa. “Jiwa Laksa terletak pada perisanya yang bersemangat dan aromatik. Laksa yang baik adalah mengenai tindakan mengimbangi antara pelbagai ramuan dengan pengadukan berterusan ke arah peringkat ‘pecah minyak’, yang penting untuk rasa Laksa yang sempurna yang memuncak kepada keenakan masakan yang sebenar,” tambahnya.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengguna sedang mencari cara baharu untuk menikmati hidangan popular ini bersama keluarga dan rakan-rakan, dengan peningkatan trend penyediaan Laksa dengan cara “Goreng”. Mengambil inspirasi daripada trend ini, MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan serba baharu adalah sentuhan kreatif kepada tradisi Laksa Malaysia.
Cik Ivy Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menjelaskan, “Sebagai jenama isi rumah yang dipercayai di Malaysia, MAGGI® berhasrat untuk menyampaikan penawaran produk yang merangkumi citarasa Malaysia sebenar. Terima kasih kepada dedikasi berterusan dan kepakaran masakan Chef MAGGI® kami, kami telah memberikan sentuhan moden kepada Laksa semasa kami memperkenalkan inovasi terbaru MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan kami. Sesungguhnya, rahsia membuat Laksa yang baik terletak pada asasnya. Oleh itu, ciptaan baharu kami direka dengan teliti dengan adunan bahan-bahan aromatik utama, bunga kantan, daun kesum, lengkuas, bersama bahan-bahan segar: bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia, masak perlahan-lahan hingga ‘pecah minyak. ‘ untuk menyampaikan rasa tersendiri hidangan ikonik Laksa sambil mengekalkan resipi aslinya. Kami menerima hidangan warisan ini, dengan membolehkan anda menikmati Laksa Goreng yang lazat – pada bila-bila masa, di mana sahaja!”
Selaras dengan janji jenama kami untuk membantu rakyat Malaysia Memasak Perbezaan, MAGGI® terus memberikan pilihan makanan berkualiti tinggi untuk pengguna yang mencari hidangan yang mudah disediakan dan sedap. Mi MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan dibuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik. Daripada mendapatkan bahan-bahan berkualiti tinggi kepada kawalan kualiti yang ketat, adalah komitmen MAGGI® untuk memberikan yang terbaik daripada dapurnya kepada pengguna.
Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan, layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings