
Minyak bekas gorengan biasanya kita buang ataupun dijual. Tapi ada lagi cara yang boleh kita gunakan dengan bahan terbuang ini terutama jika di dapur atau dalam rumah ada banyak masalah lipas.
Daripada beli produk khas untuk hapus haiwan ini, kita sebenarnya boleh gunakan minyak terpakai untuk menjadi perangkap lipas yang berkesan.
Tip ini dikongsi oleh Melizah21 melalui akaun Instagram beliau. Melihat kepada hasil tip yang dipraktikkan memang menjadi. Berikut cara yang perlu dilakukan.

1. Letak minyak masak terpakai dalam bekas
2. Kemudian letak di tempat yang banyak lipas. Biarkan beberapa hari di situ.
3. Selepas beberapa hari boleh lihat akan bekas berisi minyak terpakai ini penuh dengan lipas yang mati.

Sumber: Melizah21
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Sendiri Roti Boy Lembut Di dalam & Rangup Di Luar, Ini Caranya.

Siapa suka Roti Boy atau dikenali juga sebagai Mexican Bun atau Mocha Bun yang banyak dijual di kedai-kedai bakeri atau pasaraya utama? Mesti ramaikan, lagi-lagi kalau makan panas-panas, terasa lembut tekstur bun dan garing topping kopi di atasnya. Ditambah pula dengan lemak filling mentega di dalamnya. Memang terbaik, tapi kalau nak buat sendiri ini tip yang boleh membantu Roti Boy yang korang buat sehebat bakeri punya.

Pastikan Adunan Roti Diuli Hingga Sebati
Jika mahukan tekstur lembutm korang kena ulinya sehingga elastik, kalau nak tahu ia sudah elastik apabila adunan di Tarik kedua-dua sisi adunan tidak putus dan tidak lekat pada tangan. Selepas diuli, rehatkan adunan untuk proses proofing. Proses ini bertujuan untuk mengempukkan roti. Semakin lama direhatkan (minima satu jam) adunan akan semakin mengembang dan tekturnya kian lembut apabila dibakar nanti.

Gunakan Mentega Beku Untuk Filling
Rotiboy adalah bun versi klasik yang menggunakan inti atau filling mentega masin (salted butter). Filling inilah yang membuatkan bun ini sedap kerana bergabung dengan manis gula dan pahitnya kopi pada bun. Agar fillingnya cair sempurna setelah roti dibakar, korang gunakan mentega yang sejuk atau beku sebagai inti. Dengan cara ini mentega akan cair semasa proses bakar tetapi tidak sampai melebabkaan tekstur luar roti. Seperkara laagi, semasa memasukkan filling mentega, pastikan anda membentuk doh bulat dengan baik supaya filling tidak keluar semasa membakar.

Tekstur Topping Perlu Pekat
Selepas diisi filling, bun yang telah dibentuk bulat perlu dipaipkan dengan topping kopi di atasnya. Topping ini mesti meliputi permukaan roti, supaya seluruh permukaan diliputi topping sepenuhnya, paipkan toping seperti lingkaran ubat nyamuk dengan tekstur topping sedikit pekat supaya ia tidak meleleh ke sisi bun semasa proses membakar. Apabila topping telah berubah warna kecoklatan selepas dibakar.
Bakar Dengan Suhu dan Waktu Yang Betul
Selain mempengaruhi tekstur roti, lama waktu membakar dan suhu yang tinggi juga mempengaruhi topping kopinya tau. Biasanya roti dipanggang antara 170-200C. tetapi untuk Rotiboy atau Mocha Bun cukup sekadar 170-180 C sahaja. Tetapi disebabkan saiz dan jenis oven tidak sama, maka waktu membakar dan suhu juga berbeza. Hanya korang saja yang kenal karektor oven sendiri. Untuk Mocha Bun ini ia akan masak sempurna apabila topping kopinya sudah meleleh menyeliputi permukaan roti dan teksturnya rapuh . Jika terlalu lama dibakar atau terlalu tinggi suhu, bun akan menjadi kering dan fillingnya tidak akana meleleh cantik seperti korang harapkan.

Resipi Roti Boy
Bahan-bahan:
Inti:
- 100gm mentega bergaram | dilembutkan
- 1/4 sudu teh esen vanila
- 35 gram gula perang
Bahan Topping
- 100gm mentega | dilembutkan
- 80gm gula aising | diayak
- 2 biji telur | dipukul sedikit
- 3 sudu makan Nescafe | dicampurkan dengan 2 sudu besar air
- Secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur ke dalam esen kopi
- 100gm tepung serbaguna | diayak
Bahan Untuk Doh Manis
- 500gm tepung roti | diayak
- 20gm tepung susu, diayak
- 75gm gula pasir
- 1 sudu the garam
- 1 1/2 sudu teh yis segera
- 1 biji telur | dipukul sedikit
- 270gm (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
- 60gm mentega | dilembutkan
Cara Memasak:
- Pukul mentega dalam pengadun pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanila dan gula perang dan pukul hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gm dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
- Cara untuk lapisan atas: Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
- Masukkan ke dalam beg (‘piping bag’) dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
- Cara untuk doh manis: Campurkan tepung yang telah diayak, gula pasir dan garam di dalam pengadun dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
- Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
- Masukkan mentega dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
- Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
- Cara untuk membuat Roti Boy: Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair).
- Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm di atas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam.
- Paipkan lapisan atas di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.
6 Makanan Cegah Gout, Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

Gout…aduhai sakitnya hanya penderitanya aje yang tahu. Ia menyebabkan denyutan rasa yang perit dan rasa yang teramat sakit. Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada asid urik yang berlebihan di dalam tubuh.

Asid urik yang sepatutnya disingkirkan oleh tubuh terkumpul di bawah kulit lalu membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’. Ia juga boleh membentuk batu karang jika terkumpul di dalam saluran urinari.
Mengikut kajian, kaum lelaki lebih cenderung diserang penyakit gout berbanding wanita. Salah satu cara yang boleh diusahakan adalah melalui pemakanan yang sihat dan seimbang.

Nah, ini 6 jenis makanan yang dipercayai boleh mencegah gout. Ini adalah saranan dan perkongsian dari Kementerian Malaysia.
1. NENAS

Tinggi dengan ‘bromelain’dan vitamin C. Kandungan khasiat dua komponen ini boleh mengurangkan keradangan di sendi-sendi.
2. KUNYIT

Memang terbukti baik untuk kesihatan dan mampu mencegah beberapa penyakit termasuklah gout.Cucumin yang boleh didapati daripada kunyit juga boleh mengurangkan keradangan sendi yang sering dialami pesakit gout.
3. ULAM PEGAGA

Ulam tradisional hidangan Melayu ini juga diyakini boleh mencegah gout. Ia tinggi dengan ‘phtochemical’ untuk membantu proses menyahtoksik dalam tubuh.
4. LEMON

Jus lemon memang kaya dengan Vitamin C yang amat diperlukan oleh tubuh. Kandungan vitamin C ini dapat membantu proses menyahtoksik dalam tubuh pesakit gout. Jadikan lah minuman jus lemon suam tanpa
gula sebagai amalan rutin harian anda.
5. HALIA

Komponen gingerole dan zingiberene dapat membantu mengurangkan keradangan sendi. Bila masak tu anda boleh masukkan halia sekali. Boleh juga dijadikan amalan minuman harian dengan memasukkan ke
dalam teh anda, tapi ingat jangan letak gula , tau.
6. CILI HIDUP @ SEGAR

Di sebalik kepedasan cili, tak sangka ya ada manfaat kesihatannya. Dalam cili ada kandungan Vitamin A dan C yang dapat membantu mengurangkan keradangan sendi. Tapi jangan makan berlebihan pula.
Bukan semua sakit harus bergantung kepada ubat yang mahal. Ia boleh dicegah dan dikawal melalui amalan pemakanan yang baik. Pesan Min,Pesakit gout juga harus mengelakkan juga makanan laut, ya.
Lauk Terlalu Masin? Ini 5 Cara Mudah Untuk Betulkannya!

Ada hari-hari tertentu, walau dah berpengalaman memasak, kita tetap boleh tersilap. Sedang sibuk di dapur, garam pun masuk dua kali tanpa sedar — hasilnya, lauk jadi terlalu masin. Tapi jangan risau, lauk anda masih boleh diselamatkan!
Berikut lima cara mudah dan berkesan untuk kurangkan rasa masin dalam masakan:
1. Bilas Bahan Masakan Dengan Air
Kalau masakan berkuah terasa terlalu masin, keluarkan bahan utama seperti ayam, daging atau sayur-sayuran dan bilas di bawah air paip. Kemudian, masukkan semula ke dalam kuah yang telah dicairkan dengan sedikit air kosong. Teknik ini boleh membantu mengurangkan rasa masin secara menyeluruh.
2. TAMBAH KARBOHIDRAT

Kentang, beras (dibungkus dalam kain bersih) atau tepung boleh membantu menyerap lebihan garam dalam masakan. Tambahkan ke dalam kuah atau sup dan biarkan mendidih beberapa minit. Karbohidrat ini akan menyerap sebahagian garam, sekaligus mengurangkan rasa masin.
3. Seimbangkan Dengan Gula atau Madu

Dalam masakan seperti sambal atau tumisan, rasa masin boleh diseimbangkan dengan sedikit gula atau madu. Gunakan dalam jumlah kecil dan rasa dahulu. Gula bukan sahaja menyeimbangkan rasa, tetapi boleh menaikkan kelezatan hidangan.
4. TAMBAH CECAIR
Masakan berkuah boleh ‘diselamatkan’ dengan menambah air, stok tanpa garam, atau bahan cecair lain yang sesuai seperti susu (untuk masakan berkrim) atau sos tomato. Tambah perlahan-lahan sambil rasa hingga capai tahap kemasinan yang seimbang.
5. JUS LEMON / LIMAU

Asid dari jus lemon atau limau nipis mampu menyeimbangkan rasa masin dalam masakan. Perah sedikit sahaja, terutamanya untuk hidangan seperti tomyam atau asam pedas. Ia bukan sahaja kurangkan rasa masin, tapi beri kesegaran tambahan.
Tersalah masukkan garam bukan bermakna lauk perlu dibuang. Dengan lima langkah mudah ini, anda boleh selamatkan hidangan dan mungkin juga menjadikannya lebih sedap dari biasa. Selamat mencuba!

