Makan

Hargai Penat Lelah ‘Perajurit Dapur’, SAJI Lancar Kempen Terima Kasih Malaysia

Share

Segala hidangan yang enak bermula dari dapur. Setiap hari, para ibu merupakan antara individu yang sibuk di dapur demi menyediakan juadah yang segar, sedap  dan bernutrisi lengkap buat keluarga tercinta. Bangun awal pagi untuk memasak merupakan salah satu cabaran terutama bagi ibu-ibu yang bekerja.

Namun begitu, mereka tetap memberikan yang terbaik dalam setiap hidangan yang disediakan. Dek kerana air tangan para ibu inilah yang membuat kita sentiasa teringat-ingat akan keenakan masakan mereka. Dapur menjadi bukti kasih sayang seorang ibu terhadap ahli keluarganya.

Bukan hanya ibu di rumah, para peniaga yang mempunyai gerai kecil, restoran atau cafe juga sentiasa mahu menghidangkan sajian yang terbaik buat para pelanggan menerusi ilmu serta kepakaran yang mereka ada. Mungkin hasil usaha mereka tidak terlihat di mata, tetapi  mereka yang berada di dapur inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian hidangan serta cita rasa.

Mereka yang digelar ‘perajurit dapur’ inilah yang ‘bertempur’ di dapur demi memenuhi selera rakyat Malaysia yang pelbagai rasa. Makanan jugalah yang menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Siapa saja yang boleh menolak jika dihidangkan nasi lemak, roti canai atau teh tarik di depan mata? Ia merupakan hidangan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia.

SAJI Raikan ‘Perajurit Dapur’

Dalam menyediakan hidangan yang enak, pelbagai jenama produk masakan yang digunakan termasuklah SAJI. SAJI memahami kehendak para penggunanya dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk seperti minyak masak, santan, krimer pekat manis, garam, sos, kicap dan mayonis. Memang mudah apabila menggunakan rangkaian produk dari SAJI ini. Masakan juga jadi lebih lazat.

Sempena bulan kemerdekaan ini, SAJI dengan berbesar hati ingin meraikan para ‘perajurit dapur’ yang telah berjuang di dapur demi memenuhi selera keluarga dan rakyat Malaysia melalui kempen SAJI Terima Kasih Malaysia bertemakan ‘Perajurit Dapur’. Perjuangan mereka telah memberi inspirasi kepada SAJI untuk meraikan serta memberi penghargaan terima kasih kerana memilih rangkaian produk SAJI sebagai rahsia untuk melazatkan rasa.

Kempen Pelancaran SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur ini bakal berlangsung pada 26 Ogos hingga 31 Ogos 2023 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Lot 10, Bukit Bintang. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang hari termasuklah produk sampling, mini games, Pertandingan Tebar Roti Canai dan Sembang Teh Tarik.

Selain itu, anda turut berpeluang untuk bertemu dengan pempengaruh serta selebriti tanah air seperti Nabila Huda, Sean Lee, Izzue Islam dan Atu Zero. Jom datang beramai-ramai dan meriahkan lagi kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://sajiterimakasihmalaysia.com/perajuritdapur/

Nantikan juga Viral Video SAJI yang akan dilancarkan di Buletin Utama pada 25 Ogos 2023 dengan bertemakan Perajurit Dapur.

Published by
Team Rasa