Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut agama Islam di Malaysia kerana penyediaan bubur itu biasanya dilakukan secara bergotong-royong sebelum waktu berbuka puasa.Hidangan mudah atau semangkuk bubur ini dilihat mampu mengeratkan silaturahim dalam sesebuah masyarakat.
Hidangan bubur lambuk di Program Rasa Bubur Lambuk & Kuih Warisan terbukti enak menggunakan SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia tajaan FGV Holdings. Sebanyak 2000 bekas bubur lambuk disediakan untuk dinikmati oleh warga Shah Alam dan petugas beruniform.
Tekstur Lembut Dan Wangi
Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis beras wangi dan setiap jenama memberi rasa berbeza apabila dimasak. Beras wangi kebanyakannya diimport dari luar negeri. SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia setanding dengan kualiti beras wangi antarabangsa.
SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia ini adalah produk tempatan. Ia dituai segar dari ladang di seberang Perak dan barat laut Selangor. Kualitinya setara dengan beras wangi jasmine antarabangsa.
Memasak bubur lambuk menggunakan SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia memang puas hati rasanya. Teksturnya lembut,menaikkan selera masakan. Kualiti beras ini mempunyai bau yang harum pandan dan setelah dimasak. Kandungan amilosa sederhana pada beras ini menjadikan nasi sederhana melekit dan lembut.
SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia sangat sesuai dimasak untuk menu pelbagai resipi lain seperti nasi ayam, nasi briyani dan nasi goreng.
Selain itu penggunaan produk-produk berkualiti yang lain seperti minyak masak SAJI, SAJI Santan Kelapa menambahkan lagi kelazatan bubur lambuk yang disediakan.
SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia
ini didatangkan pek 5KG dengan harga RM35.00. Harganya memang sangat berbaloi dan berpatutan. Bagi anda yang ingin mendapatkan SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia boleh layari https://shopee.com.my/kedaifgv untuk info lebih lanjut.Resipi Menggunakan SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia Oleh Chef Naem
Bubur Lambuk Citarasa Ramadan
Bahan-bahan:
2 cawan SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia
4 cawan air
500g daging kisar
1 cawan SAJI Santan Kelapa
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Rempah 4 sekawan
1 kiub ayam
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan rempah sup
2 batang serai
30g daun sup
2 kentang
1 batang lobak merah
2 sudu makan bawang goreng
Minyak masak SAJI secukupnya untuk menumis
Cara memasak:
1.Kisar bawang putih, bawang besar,serai, rempah kurma, rempah sup.
2.Kemudian tumis bersama 4 sekawan hingga wangi.
3.Masukkan daging bersama SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia, tumis sebentar,masukkan air.
4.Masukkan kiub ayam, kentang, lobak merah,biarkan didih hingga beras lembut.
5.Masukkan SAJI Santan Kelapa bersama garam dan daun bawang.
6.Taburkan bawang goreng. Siap untuk dinikmati.