Harumnya Ayam ‘Kung Pao’ Kimball Masakan Ala Cina Enak & Mudah

Tidak perlu bahan yang rumit untuk dapatkan hidangan yang penuh dengan rasa. Cili kering yang digoreng mengeluarkan bau yang harum dan ayam diperap dengan dengan bahan-bahan yang mudah melazatkan lagi hidangan ini.

 

AYAM ‘KUNG PAO’ KIMBALL

IKLAN

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 5 orang

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 400gm ayam dibuang tulang dan di potong menjadi kiub bersaiz 2cm
  • 10 biji cili kering, dipotong sepanjang 3cm
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2cm halia dihiris halus
  • 3 labu bawang putih, dilenyek
  • 100gm kacang panggang
  • 2 tangkai daun bawang, dipotong sepanjang 4cm
  • 1 biji bawang besar bersaiz sederhana dipotong bulat

 

BAHAN PERAPAN AYAM:

IKLAN
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu besar lada putih
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar tepung jagung

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan cebisan ayam dengan perapan sehingga rata dan biarkan selama 10 minit
  2. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana dan tumis cili kering selama 2 minit kemudian ketepikan.
  3. Tumis bawang putih bersama halia dalam lebihan minyak sehingga keemasan.
  4. Masukkan perapan ayam tadi. Gaulkan ayam dan masukkan bawang besar dan tumiskan selama 2 minit.
  5.  Tumis menggunakan api yang kuat selama 8-10 minit. Tambahkan kacang panggang, cili kering dan daun bawang. Tumiskan selama 1 minit. Hidangkan dengan nasi panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI