Untuk dapatkan hasil resipi cheesetart yang menjadi, banyak kali perlu mencuba hinggalah berpuas hati dengan kejadian akhirnya.
Menerusi resipi yang dikongsi Nor Azaliza Tarmizi atau Cikgu Liza ini, dia mencuba banyak kali sebelum akhirnya berpuas hati dengan hasil cheestart yang sedap dan sempurna.
Boleh cuba untuk minum petang bersama keluarga ye.
CHEESETART CIKGU LIZA
BAHAN BUAT SHELL CRUST:
(45 biji shell acuan 5.5cm)
*3 ¼ cup tepung gandum (saya guna The Baker’s Choice) – beli online di sini
*80gm mentega (saya guna Lurpak Slightly Salted) – beli online di sini
*170gm marjerin (saya guna Planta) – beli online di sini
*1 biji telur gred A
*1/3 cawan gula kastor (saya guna CSR) – beli online di sini
*1/2 sudu teh esen vanila
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
TONTON Kek Berries Selembut Kapas | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Satukan mentega, marjerin dan gula kastor. Gaul rata hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Kemudian uli dengan tangan.
4. Bulat-bulatkan adunan anggaran berat 18-20gm.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
5. Masukkan adunan ke dalam acuan tart yang telah dilengserkan dengan marjerin terlebih dahulu dan ratakan mengikut bentuk acuan (bahagian lebihan sebelah atas boleh ratakan guna hujung pisau)
6. Bakar adunan pada suhu 170°c selama 25 minit (panaskan ketuhar 10 minit dahulu sebelum membakar adunan).
7. Biarkan lebih kurang 15 minit, baru keluarkan dari acuan.
BAHAN UNTUK CREAM CHEESE:
(45 biji cheese tart 5.5cm)
*750gm cream cheese (saya guna Philadephia sebab itu yang ada, guna jenama lain pun boleh)
*1 cawan gula icing (saya guna CSR) – beli online di sini
*1 ½ sudu teh esen vanila
*6 sudu besar telur sejuk (saya guna 2 biji telur gred A yang dibuang punatnya, pukul bagi rata kemudian sukat guna sudu sukatan)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Pukul cream cheese sehingga licin, lembut dan berkilat menggunakan mesin pengadun (jangan terlebih pukul, nanti cair adunan. Cukup sehingga cream cheese rata dan tidak berketul).
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul seketika hingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul dalam 10-15 saat sahaja.
4. Paipkan adunan cream cheese ke dalam shell crust yang telah siap dibakar tadi dan diletakkan filling pilihan (filling saya beli di kedai bahan bakeri perisa blueberry, stawberry dan nutella).
5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 7 minit (pastikan ketuhar telah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu).
6. Setelah siap, bolehlah dihias di atasnya. Tak nak hias pun tak mengapa. Enak dimakan jika disejukkan dalam peti sejuk seketika.
Kredit resipi: Nor Azaliza Tarmizi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: