
Nak buat biskut tapi malas nak menguli. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.
RESIPI KOKO KRUNCH BAR

BAHAN-BAHAN:
- 300g Koko Krunch
(sy guna yg kecik2 beli kt kedai bekery je.Takde koko krunch ni pun tak pe boleh je pakai koko krunch yg biase ade kt kedai tu..then kalau nak tukar cereal lain mcm crispy rice/honey star ke pon boleh..😁 - 250g butter
- 300g Mashmellow (yg kaler putih)
CARA MEMASAK:
- Masak ats dapur ye api kena kecik.
- Sediakan kuali masukkan 250g butter cairkan.
- Setelah cair masukkan 300g mashmellow gaul2 sampai bahan2 semua tu tadi cair seperti susu pekat.
- Kemudian masukkan 300g Koko krunch dan gaul sampai bahan2 td rata keseluruhnye.
- Tutup api masukkan ke dalam loyang dan padat2 kan guna sudu.
- Akhir sekali sejukkan dalam peti ais sekejap.
- Dalam 20minit keluarkan dan boleh la potong.



Kongsi resipi: Inainaina Ina
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sambal Ikan Masin Pembuka Selera, Bertambah Nasi Dibuatnya

Sambal Ikan Masin @ Ikan Kering ni memang pembuka selera. Makan dengan nasi panas, boleh makan nasi berpinggan-pinggan dibuatnya. Cukup berselera walaupun hanya dengan sajian lauk yang sangat ‘simple’. Sambal Ikan Masin ni memang cukup segala rasa. Ada pedas, masam, masin dan manis. Nak buatnya pun tidaklah susah, senang sahaja. Bahan-bahan ringkas dan sentiasa ada di rumah masing-masing. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nooraini Ramly. Anda pasti sukakan rasanya.
SAMBAL IKAN MASIN @ IKAN KERING

BAHAN-BAHAN:
- Ikan kering | guna ikan gelama
- Belacan | digoreng – beli online disini
- 1 ulas bawang besar – beli online disini
- 6 biji cili padi merah
- 6 biji cili padi hijau
- Sebiji mangga muda
- 1 sudu kecil gula – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Masukkan belacan, bawang merah dan gula ke dalam lesung batu dan tumbuk.
2. Kemudian, masukkan ikan kering. Masukkan terus kepala ikan kerana kepala ikan yang buat sambal berlemak.
3. Masukkan buah mangga yang dicincang halus dan akhir sekali baru masukkan cili padi.
4. Tumbuk hingga hancur. Siap!



Kredit resipi & foto: Nooraini Ramly via Diari Rasa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Padan Ler Viral Sos Lada Hitam Homemade Ni, Cikgu Afy Kongsi Rahsia
Resipi Asam Pedas Daging Tetel Ala Melaka, Pekat Merecik Memang Sedap
Guna Acuan Karipap. Mudah Je Buat Apam Puri Yang Lembut & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sayur Masak Bening, Cara Masak Paling Mudah Kalau Rasa Nak Jaga Badan.
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan 7 resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk manis
- 100gm labu | dipotong dadu
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 biji cili padi
- 1 liter air
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
- Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.
- Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
- Nikmati segera.
Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat bayam merah | dibersihkan
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 1 hiris halia
- Garam secukup rasa
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
- Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji petola | kupas dan hiris
- 4 ulas bawang merah | dihiris halus
- 2 ulas bawang putih | dihiris halus
- 2 sudu makan udang kering | direndam air
- 15gm suhun | direndam
- 1 biji cili merah | dihiris
- 500ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
- Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
- Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.
- Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kubis | dihiris
- 1/2 batang lobak merah | dihiris
- 50gm udang kertas
3 sudu teh lada hitam
2 biji bawang merah - 1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
- Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk paku | dibersihkan
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1 ulas bawang putih
- Segengam udang basah
- 1 biji cili merah | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
- Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
- Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
- 2 batang serai | dititik
- 4 biji cili padi | dipecah sedikit
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 1 liter air
- Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
- Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.
- Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat daun belinjau
- 1 sudu makan ikan bilis
- 2 biji bawang merah | dimayang
- 1 ulas bawang putih | dimayang
- Sedikit suhun
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
- Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
- Tutup apinya dan angkat.
TERIMA KASIH: MOHD FAIZ BIN RAMLI DARI GOMBAK, SELANGOR
FOTO: AHMAD SHAHIR OSMAN
Buat Sendiri Roti Boy Homemade Sedap Guna Roti Sandwic Je

Roti Boy memang sedap kan? Roti bun lembut yang dibakar bersama sos kopi yang harum, dalamnya berintikan mentega bergula menjadikan ia sangat enak dinikmati pada bila-bila masa. Namun ada kala bila teringin nak makan atau merasa, kedainya pula jauh atau sukar nak dapat. Nah…Menerusi perkongsian saudari As Danish beliau kongsikan resipi Roti Boy homemade yang beliau pelajari dari channel Youtube Buat Orang Lapo. Nampak mudah & sedap. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI ROTI BOY HOMEMADE

BAHAN-BAHAN ROTI:
8 keping roti putih / sandwic
Mentega secukupnya – beli online disini
Gula kastor secukupnya – beli online disini
BAHAN KRIM KOPI:
80gm mentega (salted/bergaram) – beli online disini
60gm gula ising – beli online disini
1 biji telur
80gm tepung naik sendiri blue key (ayak) – beli online disini
1 sudu makan bancuhan air kopi ( 1 sudu makan serbuk kopi bancuh dengan sedikit air – pandai-pandai agak la ya) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sapukan mentega pada sekeping / satu bahagian roti, kemudian taburkan gula kastor di atasnya. Kepitkan dengan sekeping lagi roti dan potong bentuk segi tiga. Ketepikan.
2. Untuk krim, campurkan mentega dan gula ising. Kacau sebati.
3. Masukkan telur. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak.
5. Masukkan bancuhan air kopi dan adun lagi hingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang pembakar.

7. Bakar pada suhu 180°c selama 20-25 minit atau ikut kesesuaian ketuhar masing-masing.

8. Roti Boy homemade sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: As Danish (dicuba dari resipi Buat Orang Lapo (You Tube)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ringkas Je Tapi Sedap. Resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis
Sotong Goreng Kunyit Berempah. Tambah 2 Bahan Ni Jadi Lebih Sedap
Cara Buat Cucur Jagung Simple. Letak Isi Udang, Rasa Lagi Sedap
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official








