Dalam hal menyusun atur ruang dapur ramai yang berhadapan dengan masalah terutama dalam hal menyimpan kuali, periuk dan pinggan mangkuk. Sebolehnya kita inginkan kekemasan dan tidak semak mata dengan perletakkan yang tidak sempurna di sudut dapur. Bila semuanya teratur kerja masak pun mudah. Capai saja peralatan yang dikehendaki dengan pantas.
Terdapat berbagai cara untuk penyimpanan barang-barang dapur seperti kuali, periuk dan pinggan mangkuk. Berikut ialah beberapa cara untuk menyimpan barangan tersebut
Kabinet dapur– kabinet dapur adalah merupakan satu sistem di mana ruang-ruang penyimpanan peralatan ditutup dengan pintu kabinet. Sistem ini memberikan kelebihan di mana peralatan yang mungkin agak lama dan buruk dapat disorok dari pandangan mata. Ini sekaligus memberikan pandangan yang lebih kemas dan teratur pada sesebuah dapur.
Ads
Rak terbuka/para-para– rak terbuka atau para-para adalah satu sistem penyimpanan terbuka di mana perkakasan dapur di susun di atas rak kayu atau konkrit. Sistem ini mempunyai kelebihan jika kita mempunyai perkakasan yang menarik kerana ia dapat dilihat secara terus.
Jika dapur tersebut berkonsep tradisional misalnya, periuk belanga serta perkakasan tradisi boleh disusun dan menjadi satu feature di dalam dapur tersebut. Kelebihan utama bagi sistem penyimpanan begini ialah perkakasan dapur dapat dilihat secara terus dan ini memudahkan pemilihan dan pengambilan perkakasan yang ingin digunakan.
Gantungan – gantungan adalah merupakan para yang digantung pada bahagian siling dapur. Gantungan ini biasanya diletakkan di bahagian atas pulau iaitu di tengah-tengah dapur. Periuk bertangkai dan kuali digantung menggunakan penyangkut yang memberikan kesan rustic dan bersahaja.
Sistem sebegini biasanya sesuai untuk dapur yang berkonsepkan country. Di samping menjadi satu feature yang menarik, gantungan ini juga berperanan sebagai tempat pengeringan untuk perkakasan dapur.
Ads
Kredit gambar:123 royalty free
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Bila kita gunakan mesin pengisar untuk mengisar bawang dan cili, baunya pasti akan ‘melekat’ bukan? Malah kalau kisar kunyit hidup untuk buat masak lemak cili api, kesan kuning pasti ada. Andai kata tiba-tiba nak masak masakan lain, tapi bekas blender pula berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Bau bawang dan kesan kunyit ni kalau dibasuh guna pencuci kadang-kadang susah nak hilang. Sebenarnya ada cara yang boleh dicuba untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
CARA HILANGKAN BAU BAWANG & KESAN KUNYIT PADA BLENDER
BAHAN-BAHAN:
1 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Air secukupnya
CARA-CARA:
1. Ambil limau nipis. Potong kecil.
2. Isi air dalam blender dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih blender anda.
5. Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar blender. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu. Selamat mencuba!
Tengah usha PENGISAR baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Kalau masak hidangan mi, tauge antara sayur antara yang selalu kita sertakan. Ada yang rasa letak lagi banyak lagi sedap.
Tapi masalah bila beli tauge ini adalah beli RM1 pun jumlahnya banyak. Gunanya sedikit saja. Selebihnya kita simpan dan sayur ini pula tak tahan lama. Sudahnya terbuang!
Sebenarnya kalau nak pastikan ia tahan lama ada cara untuk menyimpannya. Petua ini dikongsi oleh Norhaniza Kamaruddin.
Lebih dua hari dah hitam
Selalu kalau beli tauge simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan. Saya share petua yang saya amalkan.
Masukkan tauge dalam bekas berisi air, biarkan terendam.
Kemudian masukkan sekeping asam keping dalam bekas tersebut.
Simpan dalam peti ais, hasilnya tauge akan kekal ranggup.
Kebanyakan daripada suri rumah lebih cenderung membeli bahan memasak untuk stok seminggu sekali. Adakalanya untuk lebih menjimatkan masa, bahan masakan seperti sayur dan bawang akan dipotong siap-siap dan disimpan dalam peti sejuk. Ketika inilah kita berdepan dengan masalah sayur tidak tahan lama dan mudah layu jika tidak disimpan dengan baik. Cara simpan sayur siap potong ni pasti membantu anda. menjaga kesegaran sayur ini mungkin pilihan terbaik untuk anda cuba.
CARA SIMPAN LEBIHAN SAYUR POTONG SUPAYA TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Sayur
Plastik pembungkus jernih/ziplock atau plastik aluminium (contoh plastik pembungkus keropok mini atau oat)
Tisu
CARA-CARA:
1. Ambil tisu dapur dan masukkan ke dalam plastik. Guna 2-3 keping.
2. Kemudian masukkan lebihan potongan sayur. Sebaiknya, simpan ikut jenis agar tidak bercampur. Jika guna plastik aluminium terpakai, lap dan bersihkan permukaan dalamnya menggunakan tisu dan alas dengan tisu kering sebelum memasukkan sayur.
3. Elakkan dari membasuh sayur menggunakan air kerana ia akan membuatkan sayur lebih cepat busuk. Basuh bila anda sedia untuk memasaknya. Tetapi jika lebihan sayur sudah dibasuh, keringkan sahaja lebihan airnya.
4. Kemudian masukkan sayur di dalamnya plastik dan buang udara dari dalam paket. Kemudian zip atau lipat kemas.
5. Simpan dalam peti sejuk di ruangan sayuran. Hasilnya, sayur yang dipotong boleh bertahan hingga 1 minggu tanpa layu.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira