Buat julung kalinya Majalah RASA dan BABA’S menjadi penaja utama pertandingan memasak yang bakal mengangkat seorang lagi juara dalam dunia masakan tanahair. Sejajar dengan pertandingan ini, empat orang KOL iaitu Dapoq_Pdot, Lynn Mikael, Wana Kamal dan Datin Ismatia menonjolkan kehebatan memasak mereka bagi mewakili zon masing-masing.
Cabaran memasak ini dimulakan oleh Dapoq_Pdot yang mewakili zon utara. Sempena dengan bulan Ramadan, Pdot berkongsi resipi Kari Kepala Ikan Utara menggunakan Rempah Kari Ikan BABA’s dalam masakannya.Masak dengan rempah kari ni memang terasa keenakkannya.
Tambah pula bila Pdot memasak dengan gayanya yang santai serta menggunakan loghat utara memang buat terliur dengan menu yang dimasaknya.Buat yang ingin mencuba, dikongsikan resipi penuhnya.
Kari Kepala Ikan Utara
Bahan-bahan:
2 ketul kepala ikan merah
6 ulas bawang merah
Rempah 4 beradik
1 sudu halba campur
1 genggam daun kari
6 sudu Rempah Kari Ikan BABA’s
3 sudu cili boh
1/2 sudu asam jawa
1/2 kotak santan
Kacang bendi
Cili merah potong tengah
minyak masak utk menumis
(bawang goreng tumis darat)
Cara memasak:
1.Tumis rempah 4 beradik,halba dan daun kari, bawang merah hingga berhenti meletup.
2.Tuang Rempah Kari Ikan BABA’s yang telah dibancuh dengan cili boh dan masak hingga pecah minyak.
3.Masukkan kepala ikan merah dan masak sekejap sebelum santan kotak dimasukkan bersama satu cawan air.
4.Masukkan kacang bendi dan cili merah dan tutup tudung sekejap hingga kepala ikan masak.
5.Tuang bawang goreng beserta minyak di atas gulai dan sedia dihidang.
Dikongsi link video untuk mencuba resipi ini:
https://www.instagram.com/reel/Cb6m1SOptfn/?utm_medium=copy_link
Anda pun boleh masak hebat macam Dapoq_Pdot.Apa tunggu lagi,tunjukkan kehebatan dan skill memasak anda dengan menyertai JAGOH RASA BABA’S.
Inilah masanya untuk serlahkan kreativiti anda dengan mencipta resipi berasaskan rempah dengan citarasa dan gaya masakan mengikut negeri asal anda.
Peserta hanya perlu menghantar gambar masakan serta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa.Pastikan gambar jelas dan menarik.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, anda layak untuk menyertai pertandingan ini. Siapa tahu anda mungkin bakal dinobatkan sebagai JAGOH RASA BABA’S.
Hadiah yang bakal menanti pemenang? Sangat lumayan ye.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8peserta
Kami akan berada di empat lokasi utama untuk bertemu anda bagi sesi penjurian secara bersemuka pada tarikh yang telah ditetapkan. Jadi pastikan anda menghantar penyertaan melalui borang yang telah disediakan di laman web www.rasa.my/babas/
21/ 5/2022
MYDIN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
28/5/2022
MYDIN TUNJONG, KOTA BHARU
4/6/2022
MYDIN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU
11/6/2022
MYDIN SUBANG JAYA, SELANGOR
Jangan lupa okay temujanji anda bersama JAGOH RASA BABA’S. Untuk maklumat lanjut, boleh layari di di laman web www.rasa.my/babas/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI