Bagi peminat hidangan daging, boleh lah cuba resepi daging cili hijau ini untuk dihidangkan lagi-lagi untuk majlis rumah terbuka. Haa mesti meriah dan ramai memuji menu masakan ini nanti! Selamat mencuba!
Rendang Daging Cili Hijau
Bahan-Bahan
- 1 kg daging batang pinang
- 250 ml santan
- 2 sudu besar kerisik
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar gula melaka
- 2 keping asam gelugor
- 2 btng serai-di ketuk
- 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
- 1/2 cwn minyak utk menumis
- Sedikit air jika perlu
Bahan (Dikisar)
- 4 batang serai-hiris halus
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 30 biji cili padi hijau
- 5 tangkai cili hijau
- 6 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
Cara Penyediaan
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serai yang di ketuk.
2) Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana sahaja ketika ini. 3) Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa. 4) Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. 5) Masukkan daun kunyit. 6) Bila cukup kering, bolehlah diangkat. 7) Sedia untuk dihidangkan. Kredit Resepi: Azan Mukminah Saffin