Hidangan Ikan Pelbagai Rasa Tidak Menjemukan

Share

Menu ikan sering dihidangkan dalam setiap hidangan. Seakan tidak lengkap tanpa masakan ikan tidak kira sama ada dibuat gulai atau digoreng. Anda boleh pelbagaikan masakan ikan mengikut citarasa. Rasa kombinasi yang enak masin, masam, lemak dan pedas yang membuat anda lebih berselera

GULAI KUNING IKAN  KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 5 keping ikan kering / ikan masin | dicelur di dalam air panas
  • 1 biji nanas saiz kecil & sederhana masak | dipotong kecil
  • 500ml santan
  • 10 biji cili kering | dikisar
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 cm lengkuas | dikisar
  • 1 cm kunyit hidup | dikisar
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 2 biji cili hijau | belah 2
  • 1 biji tomato | dibelah 4

CARA MEMASAK:

1.Celur buah nanas sehingga lembut. Toskan airnya dan ketepikan seketika.

2.Masukkan bahan kisar, santan dan buah nanas ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.

3.Kemudian masukkan ikan masin. Masukkan cili hijau dan tomato.

4.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.

5.Sedia untuk dinikmati.

IKAN ASAM SOS NYONYA VALLEY

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Siakap
  • 20 tangkai cili kering | rebus untuk lembutkannya
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm lengkuas
  • 2.5cm belacan
  • 1 ketul kiub pati ikan bilis
  • Air asam jawa secukupnya
  • 1 batang terung
  • 2 biji tomato | belah empat
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, buah keras, kunyit hidup, lengkuas dan belacan.
  2. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kesum. Bunga kantan dan kiub pati ikan bilis, diikuti sedikit air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan ikan, kemudian biarkan mendidih baru masukkan terung dan tomato.
  6. Seketika kemudian angkat dan hidangkan.

IKAN TENGGIRI CHUAN CHUAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping ikan tenggiri
  • Kunyit dan garam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS:

  • 3 biji bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 1 sudu makan taucu
  • 1/2 mangkuk air asam jawa

BAHAN-BAHAN HIASAN:

  • Bawang goreng secukupnya
  • Hirisan daun bawang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ikan dengan kunyit dengan garam. Goreng ikan tenggiri sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan hirisan cili merah sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan taucu dan masukkan air asam jawa.
  4. Biarkan kuahnya pekat sedikit. Apabila pekat, masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. Kacau sekata.
  5. Setelah masak. tuangkan kuah ke atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
  6. Akhir sekali tabur bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan.

IKAN MASIN KURAU MASAK CUKA 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ikan masin kurau | potong empat segi
  • 2 biji bawang besar | dipotong baji
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 6-8 biji cili padi | dibelah hujung
  • 3cm halia muda | dihiris memanjang halus
  • 2 sudu makan
  • 1 sudu sos cili
  • Gula secukup rasa
  • Garam jika perlu
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

1.    Rendam ikan masin lebih kurang  lima minit, kemudian cuci bersih dan toskan.

2.    Panaskan minyak. Goreng ikan masin atas api sederhana, kemudian ketepikan.

3.    Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.

4.    Tumiskan bahan hirisan sehingga layu. Masukkan sos cili dan cuka, gaul rata.

5.    Masukkan ikan masin yang telah digoreng.

6.    Perasakan dengan sedikit garam dan gula.

7.    Angkat dan hidangkan panas-panas.

IKAN MASIN JENAHAK BERSAMA PETAI 

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
  • 100gm isi petai
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 3 ulas bawang merah | dikisar kasar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
  2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.
  6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
  7. Tutup api dan hidangkan.
Published by
Putri