Hidangan Lauk Ringkas Boleh Masak Guna Isi Ikan Dory

Share

Jika ke pasaraya, pasti pernah lihat filet ikan dori yang diletak di bahagian sejuk beku. Biasanya isi ikan ini enak dimasak Fish & Chips. Tapi jangan tak tahu, ia juga boleh dimasak aneka lauk lain yang sesuai dinikmati bersama nasi. Nak cuba? Jom lihat menu-menunya.

 

1. FILET IKAN BERSAMA FAT CHOY

 

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan Ikan:

  • 300gm filet ikan Dorry | potong 3X3cm
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung

Bahan Lain:

  • 1 pokok Fat Choy | potong panjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 2cm halia | hiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
  • 1 biji cili merah | hiris memanjang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap 10-15 minit.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing.  Ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan Fat Choy, cili benggala dan cili merah. Kacau rata.
  5. Seterusnya masukkan ikan, sos tiram, kacau seketika.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Tutup api, dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

INFO CHEF: Selain filet ikan dory anda boleh sediakan filet ikan sendiri. Contohnya anda boleh buat filet ikan merah atau ikan talapia merah.

 

2. KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG

 

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan ikan:

  • 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
  • 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
  • 1/4sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan tepung jagung

Bahan Sos:

  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu makan kicap
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam jika perlu

Bahan-bahan lain:

  • 4 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
  • 5 tangkai cili kering | potong 2cm
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis

CARA MEMASAK:

  1. Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan  perapan yang lain dalam mangkuk.
  2. Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
  3. Sementara itu masukkan semua  bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak,  goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
  5. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
  6. Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
  7. Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
  8. Tutup api, dan gaul rata.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Lebih sedap jika ditambah dengan biji gajus yang telah digoreng, kerana ia akan memberikan sedikt rasa lemak pada masakan ini.

 

 

ANDA MUNGKIN SUKA MENU INI:

Published by
Mastura Abu Kassim