Di hari raya pastinya ramai sanak saudara yang datang berkunjung. Lauk pauk yang banyak pun cepat habis. Jadi boleh cuba buat Kuah Lontong mudah ini. Sekejap sahaja sudah boleh dihidangkan.

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1000ml santan
  • 150gm udang | bersih dan tos
  • 1 paket tempe |potong dadu
  • 1 keping fucuk | koyak-koyakkannya dan rendam
  • Sedikit suhun | rendam
  • 1 keping tauhu  | potong dadu
  • 1 batang serai | dititik
  • 5-6 batang kacang panjang
  • Sedikit hirisan bunga kubis
  • Sedikit hirisan lobak merah

 

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 6 ulas bawang besar
  • 2ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1.  Masukkan 800ml santan dalam periuk.
  2.  Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  3.  Seterusnya masukkan serai, tauhu dan tempe.
  4.  Setelah kuah mendidih, masukkan bunga kubis, kacang panjang, fucuk, suhun dan lebihan santan.Kacau rata.
  5.  Tambahkan lobak merah serta udang. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
  6.   Angkat dan hidangkan dengan nasi impit.

 

https://youtu.be/uWI_PYrESLo

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI