Di ketika bencana alam yang baru ini melanda negara, makanan yang ada perlulah dimanfaatkan dengan bijak. Insaflah buat mereka mangsa banjir di sekeliling kita. Jadi roti yang hampir expired jangan dibuang. Macam-macam resipi boleh diolah. Antaranya boleh buat roti goreng celup telur dan sardin hancur sebegini. Nak rasa sedikit kayangan, bolehlah tambah parutan cheese kalau suka.
1.Hancurkan sardin dan buang separuh sosnya. Tuang bancuhan telur. Tambah cincangan daun bawang, cilipadi (jika suka), garam dan lada sulah secukupnya. Perah sedikit limau dan kacau sebati.
2.Ambil sekeping roti lalu celupkan dalam campuran telur dan sardine.Salut semua bahagian.
3.Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali leper. Letakkan roti yang dah dicelup campuran telur dan sardin tadi dan masak di kedua-dua bahagian hingga perang. Jika nak tambah parutan keju, tambah ketika roti hampir perang. Hidangkan panas.
Piza antara snek kegemaran kanak-kanak. Jika anak anda gemarkan hidangan ini, bolehlah cuba hasilkan sendiri di rumah. Bahan-bahannya sangat mudah malah cara memasaknya juga sangat sempoi. Guna kuali dan masak atas api je. Tak perlu ketuhar pun! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PIZA HOMEMADE TANPA KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
2 cawan air suam
1 paket mauripan
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan gula
Secubit garam
BAHAN INTI ( TOPPING):
Sos pasta tradisional – apa-apa jenama
Sedikit bawang putih
Sedikit hirisan bawang holland
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan sosej, isi ayam, cendawan butang, hirisan nanas, tomato, keju atau aneka makanan laut
( boleh pelbagaikan ikut citarasa)
CARA MEMASAK:
Sediakan inti terlebih dahulu. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan hirisan sosej, ayam dan cendawan.
Tumis sampai masak dan perasakan dengan garam serta lada hitam. Ketepikan.
Untuk doh, ambil 1 cawan air, tuang mauripan dan masukkan secubit gula. Biar selama 2-3 minit. Bila muncul buih-buih, ia menandakan ia sedia untuk digunakan.
Gaul tepung bersama minyak. Tambah air dan bancuhan mairipan tadi. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit. Bila doh dah tak melekat di tangan, tutup dengan tuala dan rehatkan selama 1 jam.
Selepas 1 jam, doh akan naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar.
Bahagikan doh kepada 5 bahagian atau lebih.
Bentukkan doh menjadi bulat dan leper. Kemudian letakkan di dalam kuali.
Sapu sos pasta kemudian isikan inti/topping piza yang dimasak tadi. Tabur keju dengan secukupnya.
Masak doh guna api kecil sahaja selama 10-15 minit ikut ketebalan piza yaang dibuat. Pastikan tutup menggunakan tudung periuk. Tak perlu letak minyak atau lapik di dalam kuali.
Bila keju cair dan pizza telah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Kalau suka kerak piza yang rangup, masak doh terlebih dahulu sebelum isi inti/topping.
Jika nak piza yang lembut macam roti, letak inti/topping atas doh mentah kemudian baru masak.
Keju akan ambil masa 3-4 minit untuk cair.
Jika nak lebih cepat, boleh guna roti nan atau roti arab.
Jika singgah ke restoran Mamak, antara yang jadi pilihan adalah roti canai, capati, dan tose. Tetapi, sesekali nak juga cuba hasil air tangan sendiri. Dapat buat lebih. Rupa-rupanya mudah saja buatnya.
Perkongsian Ummu Ashraf yang pertama kali buat tose hasil air tangan sendiri ini begitu mengujakan. Walaupun baru pertama kali mencuba, tetapi hasilnya sama sekali tidak mengecewakan.
Dapat pula dicicah dengan chutney kelapa, kuah dhal dan kuah kari. Silap-silap, boleh ‘ter’makan pula dua keping. Kalau seisi rumah suka tose, lebih baik buat sendiri, kan. Jom kita cuba.
2. Saya rendamkan beras, kacang ulundu (Urad Dhal), sedikit dhal, nasi sejuk dan halba pada sebelah pagi.
3. Selepas 6 jam (atau 8 jam pada sebelah petangnya), toskan air dan kisar semua bahan hingga halus. Tambahkan sedikit air jika perlu.
4. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas dan biar semalaman (saya tak letak dalam fridge pun).
5. Kemudian, pada keesokan paginya apabila adunan telah kembang dan berbuih, kacau dan tambahkan garam dalam adunan yang telah diperam semalaman.
6. Sesuaikan kadar pekat atau cair adunan, dan bolehlah mula mencanainya.
7. Panaskan non-stick pan. Letakkan sedikit minyak. Lap dengan kitchen towel.
8. Masakkan adunan hingga keperangan dan dah boleh angkat.
9. Walaupun tanpa chutney kelapa, ada kari pun jadilah. Paling penting, garing di luar lembut di dalam. Guna beras Basmathi pun tetap menjadi. Selamat mencuba.
Roti adalah salah satu hidangan sarapan yang senang nak disediakan. Malah turut mengenyangkan. Jom lihat 5 jenis hidangan roti yang boleh anda cuba buat untuk sarapan seisi keluarga.
ROTI TELUR SARDIN VIRAL
.
BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 tangkai cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam gred A
3 sudu makan susu pekat manis
Secubit garam
Roti potong (roti sandwic)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam. Masukkan susu dan garam. Kacau sehingga sebati.
2. Potong roti ikut suka.
3. Bila minyak masak sudah panas, celup roti dalam adunan tadi. Kemudian goreng sampai masak.
4. Angkat. Sedia untuk dinikmati.
Gambar & resipi: Ratna Sari Zain
ROTI GEBU GEBAS
.
BAHAN-BAHAN
• 250 gram tepung high protein
• 250 gram tepung gandum
• 80 gram majerin
• 80 gram gula
• 6 gram yis
• 2 gram garam
• 2 gram pelembut roti (Ikut sukatan untuk 500 gram tepung)
• 2 sudu besar susu pekat
• 250 gram air (tambah atau kurangkan sukatan ikut keperluan doh)
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan di atas dan uli sampai doh betul-betul elastik dan licin.
2. Kemudian bahagi-bahagi doh, rounding dan bentukkan.
3. Biarkan doh kembang.
4. Dah kembang bakar pada suhu 200°C selama 20 minit.
BAHAN ROTI BAWANG PUTIH
• Bawang putih
• Mentega
• Secubit garam (jika mahu)
• Daun parsley
• Roti Gardenia
CARA MEMBUAT ROTI BAWANG PUTIH
1. Tumbuk bawang putih. Masukkan ke dalam mentega. Gaul rata.
2. Masukkan garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.
3. Sapu ke atas roti.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah.
BAHAN SUP CENDAWAN
• 300 ml air
• 500 ml susu segar
• 1 kiub ayam
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
• 1 tin cendawan butang (hiris atau cencang)
• 1/2 sudu teh daun parsley
• 1/2 sudu besar mentega
• 1/2 sudu teh garam
• 1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMBUAT SUP CENDAWAN
1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. Siap.
Resipi oleh Bur Sakinah dari Telegram KakiMakan Channel
ROTI BAKAR TELUR HANCUR BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!