Hidangan Roti Goreng Telur & Sardin Boleh Jadi Kudapan Enak Untuk Minum Petang

Share

Di ketika bencana alam yang baru ini melanda negara, makanan yang ada perlulah dimanfaatkan dengan bijak. Insaflah buat mereka mangsa banjir di sekeliling kita. Jadi roti yang hampir expired jangan dibuang. Macam-macam resipi boleh diolah. Antaranya boleh buat roti goreng celup telur dan sardin hancur sebegini. Nak rasa sedikit kayangan, bolehlah tambah parutan cheese kalau suka.

ROTI GORENG TELUR+SARDIN

Bahan-bahan:

6-8 keping roti

3 biji telur – pukul dengan garfu

1 mangkuk medium sardin-beli online di sini

1 pokok daun bawang – cincang

4 biji cili padi cincang (optional)-beli online di sini

Parutan keju mozzarella (optional)

Garam & lada sulah secukupnya-beli online di sini

Beberapa hirisan lemon/limau

Cara memasak:

1.Hancurkan sardin dan buang separuh sosnya. Tuang bancuhan telur. Tambah cincangan daun bawang, cilipadi (jika suka), garam dan lada sulah secukupnya. Perah sedikit limau dan kacau sebati.

2.Ambil sekeping roti lalu celupkan dalam campuran telur dan sardine.Salut semua bahagian.

3.Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali leper. Letakkan roti yang dah dicelup campuran telur dan sardin tadi dan masak di kedua-dua bahagian hingga perang. Jika nak tambah parutan keju, tambah ketika roti hampir perang. Hidangkan panas.

Kredit: Sue M Arukin

Klik di sini

Published by
Putri