Sajian di pagi raya di negeri bersejarah ini tidak banyak bezanya dengan negeri-negeri lain. Cuma cara penyediaan dan memasaknya sedikit berbeza. Malah dalam daerah di dalam negeri ini juga cara dan bahan-bahannya juga tidak sama. Walau apa pun keenakan hidangan negeri Melaka sama hebatnya dan pastinya dinanti-nantikan setiap kali hari raya.

 

 

SERUNDING KELAPA BERDAGING

Hidangan Wajib Melaka Di Hari Raya. Sedap Berselera Mesti Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji kelapa parut | diambil putihnya sahaja
  • 300gm daging | dipotong kecil
  • 5  biji bawang merah  | dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 helai daun kunyit  | dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut | dihiris halus
  • 2 sudu makan ketumbar   | disangai dan kisar halus
  • 1 sudu jintan manis | disangai dan kisar halus
  • ½ sudu jintan putih  | disangai dan kisar halus
  • 2 batang serai  | dikisar halus
  • 1 inci lengkuas | dikisar halus
  • Sedikit asam jawa
  • 1 sudu kunyit hidup | dikisar
  • ½ cawan air
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam  dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak.Tumiskan semua bahan dikisar hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan daging dan biarkan dalam dua minit, baru masukkan air.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Seterusnya, masukkan kelapa parut. Sangai sehingga kelapa agak ringan.
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

 

INFO CHEF:

Untuk lebih sedap gunakan kelapa yang tidak terlalu tua, ia lebih sedap dan lembut.

Ads

SAMBAL KACANG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kacang tanah  | digoreng dan kisar kasar
  • 8  biji bawang merah | dikisar
  • 5 ulas bawang putih  | dikisar
  • 250gm santan segera
  • 2 sudu makan pes  cili kering
  • 2.5cm lengkuas | dititik
  • 2 sudu makan ketumbar  | disangai dan kisar halus
  • 1 sudu teh jintan manis  | disangai dan kisar halus
  • ½ sudu teh jintan putih  | disangai dan kisar halus
  • 1 batang serai  | dititik
  • Sedikit asam jawa
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 ketul gula melaka
  • 3 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam  secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak.Tumiskan semua bahan kisar, serai dan lengkuas. Masak  hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan kacang kisar dan sedikit air. Biarkan dalam dua minit, baru masukkan lebihan air dan santan kotak.
  3. Masukkan sedikit asam jawa.
  4. Perasakan dengan  garam, gula secukup rasa.
  5. Didihkan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak.

 

INFO CHEF:

Boleh juga menggunakan susu cair atau rendah lemak bagi menggantikan santan segera.

 

 

 

 

SOTO AYAM BERSANTAN

Hidangan Wajib Melaka Di Hari Raya. Sedap Berselera Mesti Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam
  • 10  biji bawang merah  | dikisar
  • 5 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • 1/2 paket kecil rempah kurma
  • 2 biji buah pelaga  | untuk menumis
  • 2 biji bunga cengkih  | untuk menumis
  • 1 kuntum bunga lawang  | untuk menumis
  • 2 inci kayu manis  | untuk menumis
  • 1 inci halia | dikisar
  • 1 inci lengkuas | dikisar
  • 2 batang serai  | dititik
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 mangkuk besar air.
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Bergedil:

  • 3 biji kentang  | dihiris dan goreng hingga empuk
  • 3 biji bawang merah | dihiris dan goreng
  • Daun sup dan daun bawang  dihiris
  • 1 biji terlur | untuk celupan sebelum goreng
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kicap Cili:

  • Kicap cili
  • 5 ulas cili padi  | dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • Kicap manis

Bahan Isian:

  • Nasi impit
  • Tauge
  • Kacang tanah goreng
  • Suhun goreng

 

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak.Tumiskan bahan penumis, diikuti bahan kisar dan serai.
  2. Seterusnya, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan rempah kurma. Tumis hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan air dan ayam, biarkan sehingga ayam empuk.
  4. Keluarkan ayam dan toskannya.
  5. Apabila ayam sejuk, carik-carikkan  isi ayam dan ketepikan.
  6. Tulang ayam dimasukkan semula dalam kuah tadi.
  7. Rebus kuah tadi dalam lima minit lagi.
  8. Perasakan dengan garam secukupnya.
  9. Untuk membuat bergedil.Lumatkan kentang semasa panas.
  10. Masukkan serentak bawang goreng, daun sup, daun bawang, gula dan garam.
  11. Gaul hingga sebati dan bulat bulatkan.
  12. Celup dalam telur dan goreng. Ketepikan.
  13. Untuk menyediakan  Kicap Cili. Campurkan cili kisar dengan bawang putih kisar, kemudian tambahkan kicap manis, gaul rata. Ketepikan.
  14. Untuk menghidangkannya, masukkan
  15. Nasi impit dalam mangkuk, tuangkan kuah di dalamnya, dan hiaskan di atasnya dengan bergedil, isi ayam yang dicarik, tauge, suhun goreng, kacang tanah.
  16. Hidangkan bersama sambal kicap.

 

INFO CHEF:

Enak juga jika sotong ini digabungkan isiannya ketupat dengan bihun.

 

 

KETUPAT PULUT

Hidangan Wajib Melaka Di Hari Raya. Sedap Berselera Mesti Cuba!

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 500gm beras pulut
  • 1 kilo santan kelapa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Beberapa biji ketupat
  • 2 helai daun pandan

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan beras pulut  sehingga memenuhi 3/4 kelongsung ketupat.
  2. Perasakan santan dengan garam dan gula secukup rasa.
  3. Kemudian rendam ketupat berisi beras pulut dalam santan lebih kurang 1/2 jam.
  4. Pastikan paras santan melebihi sedikit paras ketupat (tidak boleh terlebih atau terkurang santan).
  5. Masukkan daun pandan. Rebus sehingga santan agak kering dan terbit minyak.
  6. Apabila sudah masak, sejukkan dan lap permukaan ketupat.
  7. Sedia dihindangkan.

 

INFO CHEF:

Rasa ketupat ini seperti lemang dan lebih lembut dan mudah disediakan.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI