Jambu Golok atau buah gajus biasanya orang hanya makan begitu sahaja,manakala bijinya dibakar. Fuhh, memang sedap bila ingatkan dapat makan panas-panas biji gajus.
Tetapi pernah dengar juadah Sayur Jambu Golok? Okaylah, nak bagi nampak gambaran, boleh dikatakan masak sayur lemak bersama buah jambu golok atau buah gajus.
Memang sangat sedap! Campur pula dengan sotong, fuh memang terangkat. Resipi perkongsian daripada saudari Rohani Ibrahim ini, ialah resipi asli dari Terengganu.
Jom kita cuba masak sempena Hari Bapa kali ini.
BAHAN-BAHAN:
15 biji jambu golok atau buah gajus
5 ekor ikan selayang | direbus dan diasingkan isinya, kemudian ditumbuk
4 ekor sotong | dihiris
Lada merah | dihiris memanjang
Santan – beli online di sini
Bawang besar | dihiris – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Cincang jambu golok. Kemudian, basuh dengan garam kasar dan air suam untuk menghilangkan rasa kelat buah tersebut. Ulang beberapa kali supaya tiada lagi rasa kelat itu.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali sotong dan isi ikan ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan supaya kuah menjadi cantik.
3. Selepas itu, masukkan sotong dan isi ikan. Kacau lagi sehingga sebati.
4. Akhir sekali, apabila sudah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan!
Kredit resipi & foto: Rohani Ibrahim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, cepat dan sedap dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/cara-paling-senang-buat-bingka-ubi-kayu-sukat-guna-cawan/
https://www.rasa.my/cara-buat-cili-jeruk-homemade-yang-sedap-rangup-tak-lembik/
https://www.rasa.my/cakoi-lembut-dan-gebu-buat-tak-henti-makan/