Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
.
HALIA
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
Ads
.
Campuran Cuka Dan Tomato
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
.
Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
.
Ads
Limau Nipis
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Ads
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Masalah singki tersumbat memang akan ‘spoilkan mood untuk memasak. Ada masa nak tak nak kena panggil plumber untuk selesaikan masalah ini. Kosnya lebih kurang RM250.
Supaya tak berlaku kejadian macam ini lagi sebaiknya kita buat langkah pencegahan. Boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Kamal Hamid. Tip ini katanya diperoleh dari pada seorang plumber.
Bagi penjagaan singki untuk elak tersumbat, sebulan sekali lakukan perkara ini;
1. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin.
2. Bila air dah penuh sinki, lepaskan serentak.
3. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya sebulan sekali insya-Allah sinki susah nak tersumbat. Daya tolakan air yang kuat akan bantu flush semua kotoran dalam saluran. Cara ini juga lebih selamat berbanding guna, asid, peluntur, bikarbonat.
INFO
Ini adalah maintainance supaya singki tak tersumbat kalau dah tersumbat memang kena selesaikan dulu. Selepas itu lakukan tip di atas untuk elak kejadian berulang.
Selain itu sebagai langkah pencegahan gunakan juga penapis di corong singki supaya sisa makan tak masuk saluran paip.
Elak jadikan singki sebagai tong sampah untuk membuang sisa makanan, kuah, lemak ayam dan sebagainya, ini adalah punca singki tersumbat.
Lama sangat tak masak kat rumah sampai bawang dalam bakul pun dah naik tunas. Mesti ada yang macam ni kan!
Bawang yang dah naik tunas atau ‘jambul’ ini elok terus saja tanam untuk hasilkan daun bawang. Cara penanamannya dikongsi oleh Weekenbaker ini, boleh guna botol mineral kalau tiada pasu.
Cara tanam bawang yang dah bertunas
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.
Caranya:
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, boleh guna sekam padi campur dengan tanah.
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Tunas atau jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.
4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Bagi penghidap Asthma memang banyak pantang larang makannya. Jika tersilap makan ia boleh mencetus asthma pulak. Ni min nak kongsikan makanan yang elok dimakan oleh penghidap penyakit ini.
Buah-buahan dan sayur-sayuran ini memang digalakkan menjadi hidangan untuk penghidap penyakit ini. Yang penting pilihan makanan sihat ini boleh menyumbang kepada merendahkan serangan penyakit.
1.AVOKADO
Makanan sihat untuk penderita Asthma yang baik adalah buah avokado. Ia memang dikenali dengan khasiatnya untuk mencantikkan kulit. Jusnya juga dipercayai dapat membantu meringankan gejala asthma. Kandungan glutathione nya tinggi dan ini diyakini terbukti dapat melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan mampu memberi kesan detoks kepada tubuh.
Avokado juga merupakan sumber dari vitamin E yang baik terutama untuk penghidap asthma yang alergi dengan kacang. Kacang juga adalah sumber vitamin E yang bagus, tapi tak boleh dimakan sangat oleh penderita asthma.
2. PISANG
Pisang dikatakan berkhasiat membantu menguatkan sistem pernafasan. Kanak-kanak yang makan satu pisang sehari dikatakan 34 peratus keberangkalian lebih rendah dari mengalami gejala asthma. Pisang adalah salah satu sumber terbaik dari pyridoxine atau dikenali vitamin B6. Ia berperanan penting dalam pengeluaran molekul yang membantu jaringan otot bronkus menjadi rileks.
3. PUCUK BROKOLI
Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang makan pucuk brokoli selama tiga hari berturut- turut menunjukkan antioksidan yang signikan untuk mengawal keradangan saluran pernafasan di kalangan penghidap asthma.
4. BAYAM
Bayam mengandungi nutrisi untuk melawan penyakit asthma. Ia mengandungi sejumlah khasiat yang penting untuk mencegah penyakit asthma seperti beta karoten, vitamin C, vitamin E, kalium dan magnesium.
5. KIWI
Buah kiwi juga tersenarai makanan sihat untuk penghidap asthma terutamanya kanak-kanak kerana dapat membantu anak-anak yang mengalami gejalah masalah pernafasan. Ia mengandungi vitamin C yang tinggi. Buah kiwi berfungsi membantu menngurangkan sesak nafas, selsema dan batuk.
6. BIJI FLAKS (FLAXSEED @ LINSEED)
Biji flaks atau flaxseed adalah mineral yang banyak mengandungi asid lemak omega 3 yang berkhasiat untuk mengurangkan gejala asthma.Ia juga dikenali sebagi biji rami. Ia sarat dengan mineral untuk membantu rawatan asthma seperti kalium, selenium dan magnesium. Biji rami dan minyaknya juga adalah salah satu sumber terbaik asid lemak omega 3 yang bersifat menentang asthma kerana bersifat anti-inflamasi.
7. ROSEMARY.
Daun rosemary dapat membantu meringankan gejala asthma kerana ia mengandungi anti oksidan dan anti inflamasi yang kuat. Kekuatan anti oksidannya iaitu asid rosmarinic diyakini lebih kuat daripada vitamin E. Ia mendorong sel untuk membantu menjaga saluran udara pada paru-paru agar tetap melebar. Siapa sangka ya herba untuk menyedapkan daging ini hebat juga untuk kesihatan.
8. BAWANG PUTIH
Sejak zaman dahulu kala lagi bawang putih diakui mampu membantu menyembuhkan penyakit. Kajian perubatan terbaru menemui bahawa bawang putih efektif menjaga kesihatan kardiovaskulat, mencegah kanser dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga mempunyai enzim tertentu yang menghasilkan zat inflamasi. Mengandungi kalium, vitamin C, kalium dan selenium .
9. BIJI BUNGA MATAHARI
Biji bunga matahari kaya khasiat anti asthma kerana banyak mengandungi vitamin E, potasssium, selenium dan magnesiu yang diperlukan untuk mencegah dan merawat penyakit asthma.
10. EPAL
Satu kajian menunjukkan epal memiliki beberapa khasiat dipercayai dapat mengubati asthma. Salah satu kajian menemui wanita hamil yang memakan epal dapat melindungi anak mereka dari asthma. Buah epal banyak mengandungi bio flavonoid yang diketahui memiliki anti histamin, anti oksidan dan anti inflamasi.
11. UBI KELEDEK
Ubi keledek adalah sayuran yang paling berkhasiat dan sangat baik untuk diet. Ia juga mengandungi vitamin C , kalium, protein dan memiliki sifat anti oksidan yang signifikan.
12. HALIA
Halia adalah salah satu herba tertua di dunia yang dipercayai dapat membantu mencegah dan meringankan gejala asthma. Halia juga mengandungi zat anti inflamasi yang kuat dan juga memberikan rasa khas yang juga berkhasiat untuk meredakan keradangan.
13. KUNYIT
Banyak digunakan sebagai salah satu perubatan tradsional terutamanya di sebelah Asia. Ia kerap gigunakan untuk merawat asthma. Ia memiliki sifat anit-inflamasi yang sangat kuat.
14. TOMATO
Tomato memiliki kandungan yang luar biasa untuk mencegah dan mengurangkan gejala asthma. Estrak tomato kaya dengan lycopene. Penderita asthma memiliki risiko lebih rendah mengalami radang paru- paru. Ia juga mengandungi beta karoten dan vitamin C serta sejumlah besar kalium. Jadi tak hairanlah jika tomato menjadi salah satu makanan sihat yang sangat baik untuk penderita asthma.
15. KALE
Kale adalah dari keluarga kubis yang daunnya berwarna hijau atau ungu. Bukan sekadar vitamin C ia juga mengandungi ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) yang berfungsi memerangi radikal bebas yang boleh menyebabkan penyempitan pada otot saluran pernafasan.
16. LOBAK MERAH
Min percaya anda selalu dengan lobak merah baik untuk penglihatan, tetapi tahukah anda ia juga boleh membantu orang yang menghidapi serangan asthma. Dalam satu kajian wanita yang banyak makan lobak merah memiliki risiko 20 peratus lebih rendah daripada menderita asthma berbanding wanita yang jarang makan lobak merah. Lobak merah juga kaya dengan beta karoten dan vitamin C.