Tak seronok jadinya bila tengah basuh pinggan dan sinki tiba-tiba tersumbat. Terus potong mood. Perkara ini pastinya terjadi kerana lebihan makanan yang terkumpul hingga menyebabkan saluran paip tersumbat. Untuk elak masalah ini daripada berlaku, boleh cuba cara yang dikongsi oleh Norliza Zakaria. Mudah sahaja dan paling best, modal hanya serendah RM6.40.
Anda beli daging banyak, tetiba takda mood nak masak atau malas nak masak. Jalan terbaik adalah dengan menyimpannya kerana daging boleh tahan lama berbulan-bulan kalau kena cara simpan. Caranya mudah sahaja, berikut RASA kongsikan enam tip yang boleh anda ikut. Dengan tip ini bukan hanya daging tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer.
Asingkan daging
Perkara pertama perlu anda lakukan adalah mengasingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa dan paru) dan daging cincang. Apabila anda ingin membuat sup anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.
Bersih Dan Cuci Daging
Daging korban adalah daging segar yang tidak banyak kotor atau cemaran kuman. Tetapi ia tetap perlu dicuci bersih sebelum dimasak atau disimpan. Sebaiknya cuci di bawah air mengalir, selepas dicuci elakkan dari meletakkanya di tempat terbuka . Ia akan mengundang pembiakan bakteria dan kuman, oleh itu segera masukkan dalam bekas dan terus masukkan dalam freezer untuk disimpan.
Simpan Daging Dalam Saiz Sekali Masak.
Bila memperolehi daging dalam jumlah banyak, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagian ikut saiz sekali masak. Contoh jika anda mendapat 3 kilogram, bahagikan kepada enam bungkusan (satu bahagian sekali masak). Masukkan dalam bekas atau dalam plastik sebelum disimpan dalam freezer. Ia bertujuan daging tidak mengalami proses pembekuan berulang. Selain bakteria akan lebih mudah membiak , tekstur daging juga rosak dan tidak sedap lagi apabila dimasak.
Simpan Dengan Dengan Bahan Perapan
Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan mengaulkan daging dengan garam, gula , bawang dan kunyit. Ia kerana bahan perapan bersifat antibaktria dan pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.
Simpan Dalam Bekas Bertutup
Anda wajib menyimpan daging dalam bekas bertutup , ia supaya daging tidak mudah dicemari bakteria yang ada dalam peti sejuk atau bahan-bahan lain yang ada dalam peti sejuk. Jika dimasukkan dalam plastik, anda perlu balutnya dengan kemas.
Perhatikan Suhu Freezer
Suhu yang sejuk membuatkan bakteria tidak boleh hidup, oleh itu sebelum menyimpan daging pastikan suhu freezer anda paling kurang dari 18 celius. Dengan suhu ini daging boleh disimpan sehingga tiga bulan lebih.
Dengan tip yang super lengkap dan mudah ini, diharapkan ada tidak ada masalah lagi untuk menyimpan daging korban.
Kalau nak beli ketam jangan tengok pada saiz je ye korang. Ada beberapa perkara lain yang perlu diperhatikan juga supaya ketam yang korang beli tu berbaloi dengan duit yang korang keluar. Oleh itu pastikan ia segar dan banyak isi. Apa yang perlu diberi perhatian semasa beli ketam, baca tip ni.
Ketam Masih Hidup
Jika ada pilihan, lebih baik beli ketam masih hidup berbanding yang sudah mati, untuk memastikan ia masih segar perhatikan pergerakannya. Jika ia masih hidup ia akan melawan bila disentuh. Itu tanda ia masih elok dan segar.
Perhatikan Warna
Jangan beli ketam berwarna terang dan berkilat. Pilih yang mempunyai cengkerang berwarna kusam dan bergerigi, ini menunjukkan ia telah bertukar kuit dan mempunyai isi yang banyak serta padat.
Lihat Matanya
Pilih ketam yang mempunyai mata yang elok dan bergerak. Semua ini menandakan ketam masih segar dan elok.
Periksa Bahagian Bawah Badan Ketam
Tengok bahagian bawah badan ketam untuk memilih ketam jantan atau betina. Jika bahagian perut menunjukkan alur membentuk tiga segi dan runcing, ia bermakna ketam jantan, jika membulat sedikit ia adalah ketam betina.
Elak Beli Ketam Berbau
Elakkan beli ketam yang berbau dan hamis, kerana bau tersebut itu tanda ketam sudah tidak segar lagi.
Durian jenis Musang King atau Mao Shan Wang memang jadi pilihan kerana keenakannya. Sebab itu walau pun musim durian sedang rancak tapi harga duria jenis ini tetap juga mahal.
Sebiji boleh mencecah RM100 malah lebih pada bukan musim. Walau begitu peminatnya tetap ada dan sanggup membelinya.
Disebabkan harga yang mahal maka sebelum membeli wajiblah tahu ciri durian Musang King ini. Takut nanti tertipu. Terutama bagi yang baru nak rasa dan belum mahir tentang ciri durian jenis ini.
1. Duri bentuk piramid
Durian Musang King mempunyai duri yang berbentuk piramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.
2. Bentuk buah bujur
Durian Musang King biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi ( ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Pernah nampak buah pinggang? macam tu la bentuknya.
3. Tapak sulaiman
Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.
4. Tidak berduri di pangkal
Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.
5. Warna isi kuning kunyit
Isinya berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya senang ditanggalkan.