Bertih jagung karamel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan bertih jagung enak buat anak-anak. Bolehlah makan sambil menonton TV di hujung minggu. Pasti best!
BAHAN-BAHAN POPCORN :
1/3 cawan jagung popcorn
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
1/3 cawan gula castor/gula pasir
1 sudu besar mentega
Ads
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
4. Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
Ads
5. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
6. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
Ads
7. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Sebut saja kacang pool, pastinya tidak asing bagi orang Johor. Kacang pool ni biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau.Masak kacang pool ni mudah saja,tak perlu bahan yang banyak sangat. Kacang pool ni enak dicicah dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool.
KACANG POOL
Bahan-bahan:
4 Jenis kacang saya guna(macam dalam gambar), kalau sekadar nak makan sendiri cukup kacang foul satu tin. (buang air dan semua kacang ni kisar)
Daging kisar (saya guna ramly).
Bawang Merah-kisar
Halia-kisar
Bawang putih -kisar
Serbuk cili
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Serbuk kari ayam/daging(semua ni saya guna jenama babas)
Minyak sapi-sedikit
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, Masak daging dulu,kacau sampai hancur elok.
2.Daging dah masak, masukkan bahan kisar (bawang merah,bawang putih dan halia tadi)
3.Agak tiga hingga empat minit, masukkan semua serbuk rempah tadi.
4.Kemudian masukkan sedikit minyak sapi.
5.Masukkan semua kacang-kacang yang dah kisar halus tadi.
6.Masukkan garam sedikit dan biarkan mereneh hingga menggelegak.
7.Siap untuk dihidang.Nak hidang jangan guna cili api pula, guna cili hijau besar.
Tauhu yang diperbuat dari kacang soya ini memang kaya dengan protein bukan hanya enak dijadikan campuran dalam masakan tetapi ia juga sedap sebagai kudapan sihat atau dijadikan menu untuk bekal anak ke sekolah. Hari ini RASA kongsikan dua resipi mudah tauhu sebagai kudapan lebih sihat.
JEJARI TAUHU BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu | hancurkan
1 keping tauhu Jepun | hancurkan
1 biji telur
2 sudu makan tepung jagung
150gm daging kisar
1/2 hirisan daun bawang
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS MASTARD
2 sudu makan sos mustard
1 sudu makan mayones
1 sudu makan jus lemon
1 sudu makan madu
2 biji cili padi | hiris
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk Jejari Tauhu. Gaul rata.
Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
Gaulkan dalam tepung gandum yang telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.
NAGGUT AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu
1 tiup tauhu Jepun
1 cawan isi ayam | carik halus
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu makan serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS LEMON
1 sudu makan pati oren Sunquick
1 biji lemon | ambil jus sahaja
1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 ulas bawang putih | cincang
1 sudu teh mentega
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
Nak menu yang ringkas dan mengenyangkan? Boleh buat menu untuk sarapan Sushi Sandwich dan Wanpaku Sandwich. Bahan-bahan nak buat juga mudah dicari. Sushi sandwich Nampak comel jer tapi bila dah makan memang cukup kenyang.Mana taknya dalamnya penuh dengan lobak merah,timun, tuna dan lain-lain bahan.
TONTON GERENTI JADI : Resipi Sosej Gulung Rangup Goreng
Cara buat: 1.Sediakan sekeping roti, gelek nipis dan potong tepinya. 2.Letak inti tuna, telur hancur, jejari ketam 3.Letak timun dan lobak merah(dipotong memanjang) 4.Gulungkan roti hingga habis. 5.Potong kepada 2 bahagian 6.Letakkan sos dan mayo. 7.Tabur parsli flakes jika suka.
Wanpaku Sandwic
Roti wholemeal/ roti biasa gardenia
Isi ayam /nuggets
Sosej
Kubis ungu-hiris halus
Lobak merah -potong panjang
Timun Jepun – potong panjang
Telur hancur
Salad hijau – hiris halus
Mayonis
Sos cili
Cara buat: 1.Letakkan roti, susun semua bahan atas roti berlapis-lapis 2.Tutup roti dan balut dengan aluminium foil. 3.Belah tengah roti tadi. Dah siap untuk dinikmati.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira