Ada lagi stok daging dekat dalam peti ais? Kalau ada, mari cuba hidangan ringkas daging goreng rempah kerin. Menu tidak berkuah menjadi pilihan tapi ia penuh dengan rasa rempah enak.

DAGING GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging ] hiris nipis
  • 1 biji bawang Holland ] hiris bulat
  • 1 batang seleri ] hiris serong
  • 3 tangkai daun kari ] lurutkan dari tangkai
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan yogurt
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

 

IKLAN

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunya lawang
  • 5 biji buah pelaga

 

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 batang serai

 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis, daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Saiz hidangan: 10-12 orang
Waktu Memasak: 30 minit
Cara Memasak: Tumis
Jenis Masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa rempah kari.
Anggaran kos: RM35

 

Info: Elakkan dari memasak daging ini terlalu lama. Untuk mendapatkan rasanya yang berjus dan lebih lembut.