Ikan siakap kengsom asalnya dari negara Thailand. Rasanya yang pedas, masam, dan manis memang sedap dan memikat selera. Kalau masak menu ini, pasti bertambah nasi. Hirup kuah panas-panas, memang terangkat!
Selain resipinya yang mudah dan cepat dimasak, ikan siakap kengsom juga ini juga antara menu yang menjadi pilihan ketika kita menghadapi hari yang kurang berselera untuk makan.
Jom kita cuba resipi perkongsian Hajar Mohd ini. Sekali rasa, pasti nak lagi.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
½ biji nanas
Cili besar merah – Boleh beli online di sini
Cili api merah – Boleh beli online di sini
1 batang serai
Kunyit hidup – Boleh beli online di sini
1 biji bawang besar
Beberapa ulas bawang putih
Belacan – Boleh beli online di sini
Kangkung
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan kecuali nanas dan kangkung.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk atau kuali.
Tambahkan air untuk kuah. Masak hingga mendidih.
Masukkan nanas. Biarkan nanas masak.
Masukkan pula ikan siakap.
Jika suka, boleh masukkan air asam jawa. Masa ni, boleh masukkan perasa atau garam.
Perlahankan api dan masukkan kangkung. Tutup api segera supaya kangkung tak layu.
Cuba kunyah isi ikan dengan nanas serentak. Rasa dia… tak perlu cakaplah. Sedap sangat.
Kredit: Hajar Mohd
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official